Okay sambung pasal Maktab.
Sekarang nak cerita pasal pelajaran. Dekat mrsm ni sama je macam tempat lain dari segi pelajaran. start 7.30-2.30. Macam biasa je takda beza. Cuma bezanya kau belajar dekat MRSM. So compete la dengan budak pandai pandai. Lagi nak cakap pasal koko. Koko pun sama macam sekolah biasa. Ada unit uniform, kelab/persatuan dan permainan. unit uniform ni best sebab baju uniform dapat free ! hehehehe setiap minggu ada unit uniform hari rabu petang. So bila ada koko, automatic takda la prep. And setiap rabu kena pakai baju uniform masa pergi kelas pagi tu. Wajibz. Then hari khamis pulak ada permainan dengan kelab. Yang ni gilir gilir. Contoh khamis ni kelab, khamis next week permainan pulak. Selalunya bila ada koko ni, agak rushing la. Habis kelas pukul 2.30, pastu pukul 3.15 kena roll call sebelum start koko pukul 3.30. So pepandai la bahagi masa. Duduk asrama ni adik adik kena pandai bahagi masa sendiri.
Bangunan akademik best sebab dua tingkat je. Ground floor dengan first floor. Jangan bagi alasan letih naik tangga ! 😡 Pastu buku buku semua boleh simpan dalam kelas. Ada locker atau boleh simpan dekat laci meja. So takyah la bawak beg berat berat. Lelaki selalunya sangat bagus. Dia tinggalkan semua buku dalam kelas. Pergi kelas bawa diri je. Pastu masa prep baru buat homework. Kalau asrama ada 4 tingkat. Letih la siapa duduk aras 3. Hahahaha Lagi lagi bulan puasa. Mashaa Allah sisturrr. Nanti lain masa sembang pasal bulan puasa pulak la.
Cikgu cikgu semua pun baik. Inshaa Allah. Boleh jadi macam kawan lagi. Mrsm pengkalan Hulu ni semua serba serbi dekat. Satu je yang jauh; gate maktab hahahaha serious. Nak pergi gate maktab tu Mashaa Allah letih boh. lagi lagi bila balik bercuti. Kena angkut beg bagasi memasing dari dewan. Bas selalu berhenti dekat dewan maktab. Nanti kau masuk kau tahu la erti perit jerih. Cakap pasal cuti, kalau awak duduk KL, Kelantan, Ipoh akan ada bas pihak maktab sediakan. Tapi bayar la. Rasanya bas tu depends pada permintaan students jugak. kalau ramai nak, ada la bas. Tapi orang KL/Selangor jangan risau bas pasti ada. Jangan ingat ceruk di hutan takda orang KL/Selangor ehh. Tiap tahun separuh batch orang KL/Selangor untuk intake form 4. Intake form 1 tak ramai, tapi ada. Kat KL bas stop dekat Masjid Wilayah, Jalan Duta. Ataupun stesyen bas Jalan Duta.
DRESS CODE
Okay ni penting.
Maktab ni simple je mana mana maktab pun sama je. Baju yang boleh pakai t-shirt lengan panjang dan tutup punggung dan tak ketat. Untuk waktu waktu biasa. Lelaki lengan pendek. Pastu lelaki kena ada t-shirt yang ada collar. Seluar slack laki pompuan kena ada. Baju maktab tu tahu la kan warna biru dengan beige. Tudung warna putih. Selain putih, hanya tudung hitam yang jahit tengah je boleh. Bawal ke crepe ke instant neelofa ke shawl kek nis ke warna warni rambu ramba semua simpan dekat rumah. Skirt flowy, palazzo, khakis, jeans, segala jenis fashionable attire simpan kat rumah. Pastu perempuan kena ada kain dalam. Wajib. Kadang kadang warden check ada pakai kain dalam ke tak. Serkup kepala pakai yang standard size warna putih atau hitam. Inner syria ke palestine ke indonesia snow cap semua tu tak boleh. Stokin warna hitam beli banyak sikit. Kena selalu pakai. Setiap kali keluar dari aspuri, kena pakai stokin. Selipar pakai dekat asrama je. So bawa la satu sandal atau flat shoes. Kasut maktab kasut kulit warna hitam. Kasut sukan pun kena ada. Baju kurung/baku melayu wajib ada. Baju kurung okayyy bukan kebaya. Ingat awak datang nak study. Bukan nak bergaya.
Roll call takyah cerita la. Nanti ampa tahu jugaak. Pastu apa lagi ? hmmm Haaa sistem pelajaran pakai semester. Ada pointer. Semester ni sebenarnya sama je macam sekolah punya penggal penggal tu. Lek je. Tapi pointer tu make sure daebak. Kalau dapat 3.5, dapat la hadiah pergi mana mana yang pengetua nak bagi. Masa hakak form 5 dulu sem 1 dapat 3.5 so merasa dibawa ke Pulau Pinang nama tempatnya Escape. Srs best ! Tapi hakak ni gayat, so hmm not a good place. Ada jugak pergi Gua apa tah dekat Perlis. Banyak la tempat jalan maktab bawa. Tapi takda la nak pi KL. hahahaha setakat area utara tu je. So belajar leklok. Camera boleh bawa gais so tangkap gambar banyak banyak. Dalam kelas pun boleh je bawa camera. Tapi sorok sorok la. Jangan masa cikgu tengah ajar, main camera. marah la cikgu. Dekat dm ada tv. So nak tengok akasia tu boleh la. Tapi untuk perempuan yang period je la. Sebab masa akasia tu waktu maghrib semua kena duduk surau. Perempuan period duduk dm. Tak boleh duduk asrama okayyy.
Dekat asrama ada basikal. Kena sewa la. sejam singgit kot. tak ingat. Boleh la korang naik basikal pepagi hari sabtu lepas breakfast. Serious best. Pagi pagi orang semua sambung tidur, naik basikal round maktab. Sejuuuukkk je. Srs PH tu sejuuukkk. Masa zaman hakak pepagi ada kabus ! Pernah sekali tu suhu sampai 18 degree celcius. Memang beku weh. Air nak mandi pagi tu macam mandi ais batu. Tapi takda la all the time sejuk. Ada je panas. Tapi bila panas memang terik. Sebab maktab kita atas bukit. So sila la bawa comforter untuk pagi yang sejuuuuuukkk. Selimut maktab nipis.
Rasanya tu jelah. Kalau ada pape nak tanya email la atau drop comments. Saya dengan senang hati akan reply. Inshaa Allah. Thank you! All the best adik adik. And Congrats dapat mrsm :)