Thursday, March 28

The Initial Days at MRSM Pengkalan Hulu

Hye, Assalamualaikum :)

Well, straight to the point jelah ye ? Okay, registration nya pada hari Isnin (the day where KD10 ada March test). So, my parents and I bertolak dari KL hari ahad, tidur satu malam. Memandangkan aku ni tinggal dalam 'gua', jadi aku tak pernah ke utara. Serious ! Sepanjang perjalanan merentasi negeri Perak kan macam ada banyak bukit dan gunung serta batu batu besar tepi highway tu, I was like "Wowww ! Amazing ! Fantastic ! Subhanallah ! Masyaallah ! I'm scared !!" Sumpah tak tipu. Aku takut sangat tengok those things. Bila dah sampai dekat Lenggong, Gerik tu, aku dah mula negative thinking. Masa nak masuk ke Pengkalan Hulu punya area, sungguh tidak ku percayai bahawa terdetik di hati "aku nak balik"  "Ayah, patah balik please ? I dont want to go." Aku sendiri tak percaya aku akan cakap macam tu dalam hati. All of sudden semangat aku hilang ditiup aircond yang kuat dalam kereta. Bila aku tersedar, aku positive kan balik minda, hati, perasaan semua. Dia macam orang kena sampuk hantu tau. Tapi aku bukan kena sampuk hantu, aku kena sampuk perasaan negative. Sebab aku macam tak sedar apa yang terlintas di hati dan fikiran. Salah satu faktor aku jadi cenggitu pasal aku ni jenis yang gayat, pastu kawassan tu berbukit bukau, jalan dia berliku-liku, tu yang aku rasa keselamatan aku tak terjamin. Macam-macam la aku berdialog dalam hati supaya aku positive dan teruskan perjuangan. Satu benda yang aku dapat simpulkan sepanjang perjalanan tu, "Seperti mana berliku dan susah payahnya nak sampai ke Pengkalan Hulu, begitulah kepayahan kalau kita nak berjaya".

Blablablablablablabla, sampailah kami di pekan Pengkalan Hulu. Tempat dia kecil je, weh. Aku tak tahu cemana orang sana boleh hidup. Memandangkan masih petang, ibu ayah pun ajak pusing cari sekolah tu, pusing pusing tak jumpa. Hahaha ! Susah doh nak cari kalau tak biasa. Dah la takde signboard.

Esoknya nak mendaftar, Syahzanani awal-awal call aku, tapi aku tak angkat pasal belum bangun. hahah. Pastu, bihah text dia kata goodluck budak baru, dia excited wani nak masuk mrsm, blablablablablablabla... Aku nampak perkataan "budak baru" tu terus kecut perut. Terus sedar diri yang lepas ni aku sensorang pegang title BUDAK BARU.
Habis daftar semua, masa nak pergi letak barang, sumpah aku terkejut dengan budak-budak sana. Baru nak keluar barang, semua datang nak tolong.angkat. I was like "apa masalah budak-budak ni ? Apasal baik sangat ?"
Lepas tu, blablablabla. Malam tu orang pergi prep, kitorang second intake pergi surau dengar taklimat pasal etika pakaian what so ever. Masa tu lah, baru aku kenal dengan dua orang kawan yang namanya Hajar dari Putrajaya dan Izzah dari Cheras. Esoknya ada hari orientasi, aku jumpa diorang dua lagi, lepas tu kitorang makin rapat dan rapat. Mula-mula kau macam awkward gak la pasal aku susah sikit nak bergaul mesra dengan orang. Tapi, Alhamdulillah, perangai diorang yang lepak-chill-relax buat aku selesa dan hari ketiga kitorang dah boleh gelak-gelak macam dah lama kenal.

Now nak cerita pasal roomate. Masa mula-mula masuk, aku nampak macam ramai sanagt orang. Semua orang macam excited dapat roomate baru. Ada yang siap " yeay yeay da roomate baru !" Aku pun " -.-'' Okay." Roomate aku 8 orang, ada dua orang ex-MRSM, yang lain 1st intake dan I'm the only one yang second intake. Diorang semua macam okay tau, cuma aku ni je yang bermasalah. Aku sendiri tak tahu apa masalah aku, aku susah sangat nak mesra dengan diorang. Tapi diorang selalu macam cuba nak rapat dengan aku. Mungkin aku awal-awal dah block mind aku first two weeks takpayah rapat sangat dengan orang, mungkin ? Tapi, alhamdulillah, sebelum balik hari tu, aku dah get in sikit dengan diorang. Tak dinafikan, aku sungguh senyap. I was like completely not me because I'm so quiet.
Petang first day tu aku pergi solat Asar dekat surau, aku terkejut lagi. Bukanlah terkejut sangat pun, more likely macam amazed la. Diorang habis solat, masing-masing salam dan laga pipi antara satu sama lain. Perempuan jelah tapi !!!
Tiba-tiba Masa malam pertama, sebelum tidur, ada roomate tegur tak homesick ke ? Aku pun cakap belum lagi. Then, ada orang kata "first day memang tak homesick. Tunggu dua tiga hari lagi." Aku hanya mampu tersenyum dalam terpaksa. Lepas tu, aku dah macam berdoa dalam hati semoga aku kuat sambil-sambil tu meleleh sikitlah air mata.

Hari kedua, God ! Aku bosan ! Aku rasa macam pergi seminar je. Sebab masih belum masuk kelas, ada orientasi lagi which kena duduk dalam bilik seminar THE WHHOLE DAY. Blablablablabla.
Petang tu, ada exam, Mathematics. Semua form 4 masuk dewan besar ikut kelas. Kali keempat aku terkejut tengok seorang classmate yang aku tak kenal siapa masa tu, tiba-tiba excited dapat tahu aku ni classmate baru dia macam aku ni artis. Blablablablaba.

Hari ketiga, aku dah start masuk kelas. Sumpah aku excited nak belajar in the same time nervous dengan classmates. Mrsm takde perhimpunan tau pagi tu. So boleh terus masuk kelas. Aku pergi dengan seorang roomate pasal dia satu kelas dengan aku. Masa masuk, masih belum ramai yang datang lagi, kelas pun start 7:30. Aku duduk belakang sekali, dan menghadap depan, so orang yang masuk dia boleh notice aku sebagai budak baru. Serious masa tu aku rasa macam nak bina satu tembok besar China dekat depan aku. Malu gila doh ! Dah lah budak lelaki pandang aku pelik ! Lepas tu, yang perempuan mulalah buat aku rasa ini satu konspirasi  atau apa ? Entah ke berapa kalinya aku terkejut. Diorang semua again excited aku masuk kelas diorang. Sumpah doh ! Dekat KD10 ada budak baru takde siapa kesah pasal budak baru tu. Tapi di Mrsm Pengkalan Hulu, diorang excited gila. So, aku rasa aku perlu bersyukur sangat-sangat diorang takde nak pinggirkan ke apa. Orang yang duduk dekat dengan aku pun baik, bila aku tanya dia jawab elok-elok. So, Alhamdulillah.

Habis seminggu. Hujung minggu tu aku rasa bosan sangat menyebabkan aku homesick. Serious masa tu aku tak boleh tahan. Sampai bengkak dan kemerahan mata aku. Roomate pun perasan tapi diorang tak cakap apa. Kebetulan Izzah ajak pergi koop sebab dia nak pulang bermalam dengan family dia. So, aku cakap dekat dia yang aku homesick. Pastu dia suruh call parents, smbil duduk dekat lorong belakang bilik dia supaya takde orang nampak kalau nak menangis pun. Izzah duduk aras bawah, aku aras 1, so boleh lah lari dari roomate. Lepas tu aku pun call. Habis je cakap, serious aku rasa puas. Seolah-olah hilang satu batu besar atas kepala. Padahal call takde cakap apa sangat pun, tapi lama gak la aku gayut dengan ibu.

Masa minggu kedua, Isnin petang ada perjumpaan homeroom tau. To me, itu yang paling awesome gila ! kawan-kawan homeroom which half daripada classmates, semua gila gempak. Mula-mula president cakap selamat datang untuk aku for being ahli homeroom Fadhil yang baru. Lepas tu dia suruh perkenalkan diri walaupun diorang dah kenal aku. Bila president kasi bukak soalan, macam-macam soalan keluar dari favourites pergi ke sekolah lama lepas tu status aku ( -.-????) itu  aku okay lagilah, masih boleh jawab soalan diorang. Lepas tu ada sorang budak lelaki dia tanya rumah kecil ke besar, semua pasal rumah aku, then ada perempuan ni cakap "kau tanya macam nak pergi rumah dia je" Masa tu aku dah terdiam dah. sebab seronok tengok diorang gaduh. Tiba-tiba ada orang cakap "Kau minat dia ke weh ?" "Kalau dah minat, pergi jelah masuk meminang" Aku hanya mampu senyum dengan jujur dan tergelak. Terkejut aku diorang cakap cenggitu. Budak lelaki yang tanya tu pun dah terdiam sambil senyum-senyum. Ya Allah ! Lawak gila kot aku rasa. Diorang semua macam relax je. Lepas tu president tengok aku dah tediam, dia kasihan, dia suruh semua stop. Walaupun aku tak sama homeroom dengan crush aku yang sekarang ni dah tak berapa nak crush sangat, aku still happy dengan ahli homeoom aku :DDDD

Lepas tu, bila aku baru nak rasa happy dekat situ, orang lain sibuk countdown nak balik. Sedih kita :( Nak buat macam mana, nasib orang baru masuk. Sobs sobs. Tapi serious best ! Satu experience baru yang MashaAllah ! Tak terkata. Apa yang aku harap daripada pembaca blog dan orang sekeliling doakan semoga aku mampu terus bertahan dan mencipta kejayaan dalam pelajaran serta dapat mencipta satu memori that I will never forget. Baru dua minggu, tapi kesimpulan aku tu dah macam duduk  dua tahun. Hahaha ! Ambil aura untuk tahun akan datang. Ehhh, lepas aku cerita benda yang best-best ni, aku rasa semangat aku dah datang balik. "Ehhh, bukan sebelum ni pun brsemangat ke ?" Hahaha, yelaaaa.. Tapi dah duduk rumah ni, rasa maccam tknak balik. Itulah dia manusia yang bernama Wani. Bila bersemangat, terlebih semangat. Bila dah down tu, satu dunia boleh down sebab dia seorang. Ishh ish ishhh !

So, esok dah nak bertolak ke Pengkalan Hulu balik. Awal gila en ? Well, it's my parents idea. Ibu nak shopping dekat hulu sana, Dia kata barang sana murah. Tapi aku yang jadi mangsanya. sobs sobs :'( Takpe, ala-ala family vcation gitu. haaaa.. hahaha !

That's all for now. So, In Shaa Allah will meet you guys another two months :'( Lamanyaaaaaaaaaaa ! Takpe, positive, Wani, Positive ! Ohhh ! Aku lupa nak bagitahu. Dekat sana, ramai gila orang nama Wani. Even, roomate aku pun nama Wani dan dia satu kelas dengan aku -.- menyebabkan ada orang panggil aku Hazwa. LOL !!!!!!! Aku redha jelah apa pun diorang nak panggil. Tapi satu benda yang pasti, aku rindu orang panggil aku penguin. Aku rindu Adilians. Aku rindu KD10. Aku rindu Kota Damansara.
Btw, Kota Damansara, please stop be the next Kuala Lumpur. I dont want to live in hectic place. Thank you. Sincerely, us, Kota Damansara's teenagers :)

Okay, that's all see you pada cuti akan datang.
Muahh muaahhh ! Assalamualaikum ;)
xoxo,
Wani.

Dreams do come true ! xD

Assalamualaikum :)

Fist of all, saya ingin memohon maaf diatas kelewatan update post ni. Sebenarnya hari tu memang nak continue, tapi ada emergency case, which is I forgot that I should go to school untuk ambil sijil berhenti sekolah. WHAT ???? WANI BERHENTI SEKOLAH ????????

Ohh lek lek. Yaa, saya dh berhenti sekolah dari SMK Seksyen 10 Kota Damansara a.k.a. KD10 officially dua minggu lepas. OMG !! KENAPA KENAPA KENAPA KENAPA BERHENTIII ???????? (Sounds very over, Wani. Cukuplah.) Baiklah, meh gua nak citer pasal love story. LOL !


Seperti yang diketahui umum,permohonan saya ke MRSM telah di reject semasa first intake. sobs sobs :'( *lap air mata* Namun, dengan berkat dan izin dari Allah SWT, saya telah diterima untuk second intake ! Yeayyyyyyyy ! Mari bersorak semua dan memanjatkan syukur ke hadrat Illahi, Alhamdulillah ;) Choppp ! Ada satu benda lagi tak cerita ni. Wani dapat..................................................................MRSM urmmmmmmmmm............ MRSM ..............


Yaaaaaaaaa ! MRSM Pengkalan Hulu, Perak. Hang pa nak tahu dak Pengkalan Hulu tu kat manaaa ?

 

Haaaaaaa.... You see there ada itu tulis Thailand ? Nampak tak Pengkalan Hulu kat mana ? Haaa.. di situlah aku sekarang.
Apabila dapat tahu aku masuk situ, semua orang especially family; aunties and uncles semua macam "Wani nak pergi ke ?" "Wani, tak payah la pergi." "Bapak la jauh ! Wani, lebih baik tak payah pergi." "Jauhnyaaaaaaaaaa. Nak pergi jugak ke ?" dan macam-macam lagi yang diorang cakap. Tipulah aku kata kalau aku tak goyang bila dengar orang-orang sekeliling cakap macam tu, family pulak tu. Aku tahu, diorang cuma risau sebab aku dari kecil memang tak pernah berjauhan sensorang cenggini. Paling jauh pun kena tinggal dekat kampung, itu pun Muar je, bila-bila boleh pergi balik. Hahaha. Tapi, Alhamdulillah, aku dapat kuatkan semangat untuk pergi jugak because this is my dream for years ago. Dan dengan berkat support dari kawan-kawan jugak as they knew aku memang nak sangat sangat masuk MRSM. Parents aku pun takde nak halang sangat cuma like I said earlier, they just risau sikit.

Orang pertama yang tahu aku dapat ni, of course parents aku. Diorang check dulu sebelum aku balik sekolah. Lepas tu call rumah buat-buat macam diorang tak tahu. Then, aku pun dengan excited nya cakap aku dapat, then, diorang cakap diorang dah tahu. I was like "Wat the !!! asal tak cakap awal-awal ??????" Tapi takde la aku cakap dekat diorang gitu, dalam fikiran aku jelah. Serious doh, buat malu je. Lepas tu, aku call Nabihah, nasib baik dia dah habis class. dah macam orang gila kitorang dua dok terjerit-jerit dekat telephone tu. Then call Aishah, dah tak over sangat sebab aku menghormati perasaan dia, mesti dia sedihkan aku nak tinggalkan dia. Kesian dia. Ohh I forgot to tell you guys, salah satu sebab aku yakin nak pergi Hulu sana sebab ada adib, classmate yang dapat first intake.
Lepas tu, esoknya, hari Rabu di sekolah, aku plan nak bagitahu kawan-kawan yang lain masa hari jumaat. Tiba-tiba masa aku bagitahu Cikgu Hanani Husna, Azmirah terdengar. Puffff ! Hancur plan ! Lepas tu, aku pun decided bagitahu semua orang sebab macam tak fair pulakkan.

Lepas tu, mulalah hari-hari busy aku uruskan hal pindah-randah. Bayangkan, dahlah aku seorang je dapat second intake, pastu aku mana pernah pindah-pindah sekolah semua ni, ada pun masa form 1. Itu pun sekolah yang uruskan (betapa bagusnya sekolah aku, thank you SKS7 KD). Jadi memang kelam kabut la, tapi takdelah kelam sangat.  Cuma macam blurr apa kena buat, lepas tu nak buat apa, nak jumpa siapa semua tu. Lepas tu orang dekat pejabat tu pulak dia macam takde mood kot, layan aku pun mcam nak tak nak je :( Sedih kita.

Haaaaa... tu je nak cerita.
See you in next post. I'll tell you guys my registration day and the first two weeks aku dekat sana
Bye, Assalamualaikum :)
xoxo, Wani.

Friday, March 8

I'VE CRIED !!!!

Assalamualaikum :)
And a very good morning !

Baiklah, untuk entri ini saya taknak bagi mukaddimah panjang sangat, just straight to the point. Seperti di post yang lepas, saya ada cerita pasal pertandingan teater. Kann kann kannnn ? Haaa.. tak ingatlah tu. Pergi baca balik post yang sebelum  ni sekarang. Ceehhh, ada hati nak mengarah orang aku ni. Maaf, lakonan semata-mata. LOL, kay, pelik, kay.

Kembali kepada motif. Kelas kami, 3 Adil 4 Adil telah turut sama menyertai dan memeriahkan pertandingan tersebut. Tajuk cerita, Rintihan Anak Pungut. Nak tahu tak, tajuk cerita tu, keluar secara spontan. Pasal masa plan jalan cerita, watak and stuffs, kitorang memang tak specific kan tajuk cerita. Yang mana ada kaitan, semua tibai. Bila dah hari pertandingan,baru terfikir yang kumpulan kitorang takda tajuk cerita. Then, sambil-sambil tunggu guys habis solat Jumaat, kitorang fikir. Macam-macam idea terkeluar. Lepas tu, Wani tak ingat siapa dia start kasi idea "Rintihan". Dari situ, muncullah "Rintihan Anak Angkat", "Rintihan Hati" dan segala macam rintihan sampailah akhir sekali "Rintihan Anak Pungut". Semuanya dapat ilham dari tong sampah. Hahaha, sebab masa tu kitorang berdiri sebelah tong sampah. 

Kemudian, teruskan kepada jalan cerita. Storyboard kitorang plan sendiri. Syarat pertandingan cuma kata mesti ada unsur pengajaran. Masa tu cuti raya Cina, So, we decided to lepak at KFC. Aku rasa part ni lagi gila. Mula-mula planned nak buat berdasarkan Bawang Merah Bawang Putih, lepas tu keluar Cinderella, lepas tu apa entah. Yang aku ni pula, tak habis-habis nak buat cerita si Tanggang. Lepas tu, ada idea gabungkan Bawang Merah Bawang Putih dengan Cinderella. Kemudian, ada orang buka gosip pasal Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad, timbul pula idea buat ala-ala kisah cinta diorang. Siap dah planned siapa nak nyanyi lagu ombak rindu. Ya Allah ! Jahatkan budak-budak 4 Adil ni ? Haahaha ! Tapi last sekali tak tahu macam mana cerita lain pula jadi. Planned gila gempak, penghujungnya cerita cliche.

Okay, basically segala dialog Wani yang tulis. Dan storyline pula kebanyakannya dari Hanani. Serious weh ! Tak pernah ku sangka yang aku pandai juga buat dialog. Bayangkan Wani tulis dialog untuk 12 orang watak in just one day. *claps*
Then, we continued with preparations, rehearsaling, changes of watak, addition of storyline, changes of storyline and preparations of props. Semua tu kitorang buat dalam masa dua minggu. Memang penat. Sumpah, penat ! Banyak gaklah homeworks tak siap pasal benda ni. Antara halangan sepanjang dua minggu tu seperti kekangan masa. Kitorang selalu practise bila habiss sekolah. Petang pulak, ada yang pergi practise bola baling untuk wakil sekolah, practise hoki, practise tarian (pap ! kena muka sendiri), lepas tu ramai jugak tak boleh stayback dekat sekolah. perghhhh ! memang berderau jugalah darah ni. Kesimpulannya, kumpulan kami has no commitment. Lepas tu, last minute tarik diri dengan pelbagai alasan yang aku rasa macam nak bagi kaki.

Jeng jeng jenggg ! Nak pendekkan cerita terus ke hari pertandingan. Pertandingan buat hari Jumaat, pukul 3 petang. Aku tak rasa apa-apa pun masa hari bertanding. Serious tak rasa pape. Mungkin sebab awal-awal dah set dont expect to win sebab memang kitorang lack of commitment. Masa hari pertandingan, propsman kumpulan kami hanya ada 5 orang je. Itupun dua orang jaga tirai, seorang jaga PA system. So, masa nak tukar props tu memang boleh dikataan kumpulan kitoranglah yang paling kecoh. Ya Allah ! Serious ada satu part Wani dengan Nani tengah main dekat luar rumah macam dekat pangkin rumah kampung, tetiba boleh ada meja dan frame family dekat sebelah. Dekat luar rumah weh ! Mana ada orang letak family potrait dekat luar rumah. Hahahah ! 

Tapi memang seronok sangat masa berlakon depan judges. The most best and puas hati punya part was Wani menghayati watak sampai boleh mengalirkan air mata. Betul ! Masa practise memanglah ada macam air mata bertakung juga, tapi tak menitis pun sebab dia dah kering itupun masa mula-mula dapat watak tu. Bila hampir tiba hari bertanding, aku dah tak dapat menghayati watak tu. Asyik nak tergelak je. Itu yang wowwww ! 

Bila tiba keputusan, aku macam relax je. Memanglah ada debar sikit. tapi tu pun sikit sangat. Bila cikgu umum kumpulan yang dapat wakil sekolah, iaitu 5 Adil, aku bersyukur sangat. Because I don't want terlibat untuk wakil sekolah because it's so tiring. Dengan tidak semena-mena, cikgu umumkan kumpulan 4 Adil dapat second place. I was like "OMG !!! Alhamdulillah ! Seriously ? OMG ! We won second place ? Seriously ?" Haaaa... gitulah lebih kurang. Hahaha. Selain dapat number 2, our heroin, Hanani won the best actress and also the best sinematography. 

Jadi, begitulah ending drama kami. Lepas dapat second place, kelas 4 Adil mulalah berdrama dengan pelbagai drama that made me feel like "I swear, I love this class !" Kemudian, masing-masing mulalah cakap "Kau takpayah nak berdrama sangatlah. Pertandngan teater dah habis". Mungkin orang tak nampak how we act to each other. But once you're in the gang, you're gonna feel the same way like I do. ;) 

So, sampai situ saja, kejap lagi nak update lagi info terbaru about myself. Akan ada lebih drama daripada yang ni.
Asslamualaikum.

xoxo,
Wani.