Thursday, March 28

Dreams do come true ! xD

Assalamualaikum :)

Fist of all, saya ingin memohon maaf diatas kelewatan update post ni. Sebenarnya hari tu memang nak continue, tapi ada emergency case, which is I forgot that I should go to school untuk ambil sijil berhenti sekolah. WHAT ???? WANI BERHENTI SEKOLAH ????????

Ohh lek lek. Yaa, saya dh berhenti sekolah dari SMK Seksyen 10 Kota Damansara a.k.a. KD10 officially dua minggu lepas. OMG !! KENAPA KENAPA KENAPA KENAPA BERHENTIII ???????? (Sounds very over, Wani. Cukuplah.) Baiklah, meh gua nak citer pasal love story. LOL !


Seperti yang diketahui umum,permohonan saya ke MRSM telah di reject semasa first intake. sobs sobs :'( *lap air mata* Namun, dengan berkat dan izin dari Allah SWT, saya telah diterima untuk second intake ! Yeayyyyyyyy ! Mari bersorak semua dan memanjatkan syukur ke hadrat Illahi, Alhamdulillah ;) Choppp ! Ada satu benda lagi tak cerita ni. Wani dapat..................................................................MRSM urmmmmmmmmm............ MRSM ..............


Yaaaaaaaaa ! MRSM Pengkalan Hulu, Perak. Hang pa nak tahu dak Pengkalan Hulu tu kat manaaa ?

 

Haaaaaaa.... You see there ada itu tulis Thailand ? Nampak tak Pengkalan Hulu kat mana ? Haaa.. di situlah aku sekarang.
Apabila dapat tahu aku masuk situ, semua orang especially family; aunties and uncles semua macam "Wani nak pergi ke ?" "Wani, tak payah la pergi." "Bapak la jauh ! Wani, lebih baik tak payah pergi." "Jauhnyaaaaaaaaaa. Nak pergi jugak ke ?" dan macam-macam lagi yang diorang cakap. Tipulah aku kata kalau aku tak goyang bila dengar orang-orang sekeliling cakap macam tu, family pulak tu. Aku tahu, diorang cuma risau sebab aku dari kecil memang tak pernah berjauhan sensorang cenggini. Paling jauh pun kena tinggal dekat kampung, itu pun Muar je, bila-bila boleh pergi balik. Hahaha. Tapi, Alhamdulillah, aku dapat kuatkan semangat untuk pergi jugak because this is my dream for years ago. Dan dengan berkat support dari kawan-kawan jugak as they knew aku memang nak sangat sangat masuk MRSM. Parents aku pun takde nak halang sangat cuma like I said earlier, they just risau sikit.

Orang pertama yang tahu aku dapat ni, of course parents aku. Diorang check dulu sebelum aku balik sekolah. Lepas tu call rumah buat-buat macam diorang tak tahu. Then, aku pun dengan excited nya cakap aku dapat, then, diorang cakap diorang dah tahu. I was like "Wat the !!! asal tak cakap awal-awal ??????" Tapi takde la aku cakap dekat diorang gitu, dalam fikiran aku jelah. Serious doh, buat malu je. Lepas tu, aku call Nabihah, nasib baik dia dah habis class. dah macam orang gila kitorang dua dok terjerit-jerit dekat telephone tu. Then call Aishah, dah tak over sangat sebab aku menghormati perasaan dia, mesti dia sedihkan aku nak tinggalkan dia. Kesian dia. Ohh I forgot to tell you guys, salah satu sebab aku yakin nak pergi Hulu sana sebab ada adib, classmate yang dapat first intake.
Lepas tu, esoknya, hari Rabu di sekolah, aku plan nak bagitahu kawan-kawan yang lain masa hari jumaat. Tiba-tiba masa aku bagitahu Cikgu Hanani Husna, Azmirah terdengar. Puffff ! Hancur plan ! Lepas tu, aku pun decided bagitahu semua orang sebab macam tak fair pulakkan.

Lepas tu, mulalah hari-hari busy aku uruskan hal pindah-randah. Bayangkan, dahlah aku seorang je dapat second intake, pastu aku mana pernah pindah-pindah sekolah semua ni, ada pun masa form 1. Itu pun sekolah yang uruskan (betapa bagusnya sekolah aku, thank you SKS7 KD). Jadi memang kelam kabut la, tapi takdelah kelam sangat.  Cuma macam blurr apa kena buat, lepas tu nak buat apa, nak jumpa siapa semua tu. Lepas tu orang dekat pejabat tu pulak dia macam takde mood kot, layan aku pun mcam nak tak nak je :( Sedih kita.

Haaaaa... tu je nak cerita.
See you in next post. I'll tell you guys my registration day and the first two weeks aku dekat sana
Bye, Assalamualaikum :)
xoxo, Wani.