Thursday, December 19

Lesson learnt

Assalamualaikum wbt


"Kenapa mama dengan papa macam tak sayang aku ?"

"Kenapa kakak aku boleh dapat Iphone, tapi aku tak boleh ?"

"Kenapa mama dengan papa tak nak dengar cerita aku macam parents orang lain ?"

Pernah tak muncul persoalan macam tu dalam otak anda ? Ya ? Tidak ? 

Well, saya pun pernah dan mungkin masih bersoal pasal benda macam tu. Kadang-kadang rasa macam adik dapat lebih dari abang, kakak dapat kurang dari adik. Tapi instead of you tengok dari sudut pandangan yang you sedang pandang tu, cuba pandang dari sudut lain. Tak faham ? 

Contoh la ye, dari segi kebendaan adik dapat lebih daripada saya which is dia dapat Iphone 5s. Tapi apabila saya pandang dari perspektif lain, iaitu pasal hari bahagia atau hari bersejarah, adik saya mungkin kurang dekat situ where every time my birthday, mesti sambut meriah, jemput satu kampung sambut birthday. Kenapa ? Sebab masa tu new year. Lol.

Jadi, apa yang aku nak sampaikan di sini, kadang-kadang kita rasa kita ni malang and whatever you feel, cuba diam sejenak. Fikir. Nilai balik, muhasabah diri. Mungkin Allah taknak kasi aku Iphone sebab Dia tahu bila aku ada Iphone, aku akan lalai sampai kucing mati kena langgar depan mata pun tak nampak. Dan untuk ganti kepada Iphone tu, Allah bagi aku dapat sambut tarikh keramat dengan penuh rasa gembira and not left out. 



"Tapi tu setahun sekali je ? :'( "
Tak payah nak bertapi sangat la sekurang-kurangnya kau dapat juga merasainya. Cuba fikir orang dekat Palestin , dekat Syria dan tempat seangkatan dengannya tu, pernah fikir tak macam mana dia sambut birthday dia ? 

I want to celebrate my birthday :(

Kesimpulannya bila mana kita rasa macam sesuatu ketidakadilan berlaku (terutama among adik beradik sebab selalu paling bermasalah dengan adik beradik sendiri. Maklumlah kurang kasih sayang ;p) silalah diam sejenak, dan cuba bersyukur dengan apa yang awak pernah dapat.



"Tapi tu dulu, benda dah lepas usah dikenang."
Fine, usah dikenang. Habis tu, macam mana awak nak jawab exam sedangkan soalan tanya benda yang awak belajar pada masa lepas. You get me ?

Walau apapun, kita tak boleh hidup berlandaskan what's coming. Sometimes we must look to the history so we can plan the strategy for something better in future. Dan walau apapun, things happen because Allah wills it to happen. He knows what's the best for His servants. Ada hikmah disebalik kau tak dapat apa yang dia dapat dan dia tak dapat apa yang kau dapat. 
Fikir dia dapat Iphone hidup dia akan bahagia selama-lamanya ? Kita yang melihat ni mungkin macam kagum tapi tak siapa tahu yang ibu ayah dia bagi dia Iphone sebagai ganti kepada masa yang tak dapat mereka spent together. So disebabkan taknak anak dia rasa kesunyian maka ibu ayah dia pun bagi Iphone.



So that's all for now.

Sebanarnya terdetik nak buat post pasal ni apabila semalam aku tanya ibu, esok (hari ni) ibu cuti tak (sebab my sis ambil result PMR dia) ? Then, ibu kata esok ibu ada meeting penting. Lalu pagi tadi tengah mamai nampak adik aku tengah bersiap nak pergi sekolah ambil result. Tengah mamai ni, terus teringat time aku dulu. Pergi dengan ibu dan adik aku ikut sekali, tapi dia pergi harini sorang-sorang, bergembira sorang sorang dekat sekolah, takda nak ambil gambar. Ya Allah, nak menangis pula rasa. 



Lepas tu terus rasa macam betapa selama ni aku tak pernah bersyukur. Kalau aku mesti sedih je takda orang nak happy sama-sama, tapi adik aku tak bising pun pasal ibu tak datang. Dah la dia macam happy gila dengan result dia masa call tadi (nasib ada telefon. Kalau masih pakai burung macam zaman dahulu kala ?) walaupun tak straight A's, tapi dia macam tak sangka sebab dia punya trial 1A 6B 1C. And I bet ibu pun tak sangka dia boleh dapat apa yang dia dapat. 

Okay dah. Kalau aku teruskan mahu penuh satu baldi dengan air mata aku. Hahaha. So jadikan kisah aku ni sebagai pengajaran untuk semua orang. Yang penting bersyukur. Things happen for a reason.



Sekian, wassalam.
xoxo,
Wani :)

Thursday, December 12

Allah blessed. Alhamdulillah.

Assalamualaikum peoplezzzzz !

Yeahh, today I'm quiet happy bacause my semester final exam result arrivedd  !! Yeayyyyy ! Alhamdulillah. Tapi rugi la aku tak keluar pergi ambil daripada abang postman tu. Kalau tak boleh selfie dengan abang postman sambil tayang result. LOL. Ni semua classmate punya pasal. Dia yang start kasi idea untuk buat kerja bodoh entah pape tu. 

Well well well. I'm not gonna share my result since I nak berahsia dengan semua orang but what can I say is that my result ada naik sikit la. Buat I rasa bersemangat ! lagi membara nak capai target untuk next semester. Yeahhhh ! Ohh wait. I dah terbocorkan rahsia. Fine, I tak dapat capai target. Sobs sobs *lap air mata* But hello menaik okay. Tapi TPNG lagi rendah dari PNG. So, I memang nak tak nak kena struggle next semester in order to get darjah kebesaran sultan Selangor dengan gelaran Datukk Sri Yang Mulia Anugerah Pengetua semasa graduation dayy. "Wani, whats that png tpng stuffs ?" Ohhhh.. maaf. Saya tak tahu nama penuh dia tapi nama pendek dan nama glamour dia POINTER ! yeap. TPNG pula total pointer. Meaning average pointer sem 1 dan pointer sem 2, maybe ? I pun tak master lagi cemana nak kira TPNG.


Heaven weh semua A+

This is basic info to calculate pointer.

Sebenarnya aku nak ajar cemana nak kira pointer, tapi tadi dah try draft post but then macam semak je. Delete post. Hahaha. Sorry. Takpe, kasi peluang dekat blog lain dapat banyak pengunjung.

Anyways, I think I love to use email. Can anybody send me an email. Hahaha.Sejak dua tiga hari ni, rajin pulak I hantar email dekat orang. Come, let's email at nurhazwani16@yahoo.com. I made this email pun memang for interaction I mean, I'm not using the email for signing up any social network yang lain.

Okay, basically this post is about emotional expression which I'm happy today. Ha ha ha. Okay awkward. okay bye.

Jangan lupa malam ni which is hari khamis tengok the lovely lady Izara Aishah in Cinta Pandang Kedua di tv9 jam 9 malam. Promoting my girlfriend, huh ? I dah lama gila kay tak nampak dia di tv. Sejak masuk Pengkalan Hulu :((((( Rinduuuuuuu !
Plus, cerita tu memang best ! Adapted from a novel. I dah baca. Sumpah Serious ! Best not so cliche love story. Izara jadi Ainur okeng. Dah la Ainur tu digambarkan very beautiful. Okay, bye. I nak tengok first episode dia dekat internet. Hahaha. Yeah, I dah terlepas first episode :(

Sekian, wassalam.
xoxo,
wani :)

Tuesday, December 10

Kita merancang, Allah juga merancaang.

Assalamualaikum :)

Pernah dengar tak ungkapan "Orang yang baik, perskitaran dia pun akan baik. Kalau orang tu jahat tak berapa nak baik, maka tak baiklah persekitarannya". Basically, ayat tu aku main hentam je. Tapi lebih kurang gitulah maksudnya. Ya, harini nak berkongsi sesuatu yang aku baru tersedar dan baru faham. 

Apabila kita buat sesuatu dengan niat nak menjatuhkan orang / merendahkan orang / benda-benda yang buruk lagi keji macam tu, selalunya susah je nak menjadi. I mean, you'll get a lot of obstacles, ain't you ? Kalau tak rasa, mungkin awak sendiri yang tak perasan dengan benda tu. Maklumlah, bila nak buat benda keji ni, biasanya kita akan disokong oleh penyokong kuat perkara kemungkaran, iaitu syaitonirrajim dan nafsu. Jadi, benda-benda baik ni kita takkan perasan.

But then bila nak buat benda baik, selalunya takde banyak halangan. Yang menyusahkan hanyalah penyokong kuat kemungkaran yakni syaitonirrajim dan nafsu tadi. Dua makhluk ni yang buat kita selalu tak jadi nak buat baik. Sebab tu, bila terdetik hati nak buat baik terus je buat jangan bertangguh :)



.....................................................................................................

Kenapa macam dah tak link motif aku nak post dengan apa yang aku tulis dekat atas tu ? Anggap je itu tazkirah ringkas saya (?) Okay, mari tukar topik. Hahaha, Ya, saya memang pakar bab menukar topik dengan tidak semena-mena sedari dulu lagi. Harini saya gumbira sikit apabila Dena Bahrin weply email kita dan dia panggil kita sayyang. Awwhhhhh, sweet of you, kak Dena. Well, the sweetness is obvious. Everyone knows that, Wani. Hua hua hua. Dah kenapa pulak aku gelak macam gitu. 

Sebenarnya lagi kan, kita rindu moment ini pada zaman dahulu. Zaman ketika aku rajin update blog iaitu ketika di tingkkatan 2. *cerita macam nak cerita zaman dinasour je, padahal dua tahun lepas je* Masa tu aku rajin sangat update blog sampai benda kecil pun nak kecoh dekat blog :p Tapi sekarang benda sebesar-besar alam, taknak pulak update blog. Ishh ishh ishh. 
Contoh benda sebesar alam:
+ Saya di bawa melancong ke Bukit Bendera Pulau Pinang. 
+ Saya berjalan-jalan di Padang Besar, Perlis
+ Saya melawat kawan-kawan saya di Zoo Taiping
Bagi aku benda ni perlu dikecoh kerana aku tak pernah dan macam tak mungkin pergi tanpa pelawaan maktab.  Sobs sobs *tadah baldi* *lap air mata* *lap hingus* Iyelah, kita ni dok jauh nun di selangor. Nak pergi sendiri cam impossible :'(((((((
Selain itu terdapat juga peristiwa seperti: 
+ Crush saya datang masuk meminang rumah. Oppsss !
+ Ada seploh orang ada crush dekat saya. Ehhh ?


Haaa.. gempak enn ? Itu antaranya. Ada je banyak lagi tapi tak perlulah kot nak mention seperti spot check asrama besar besaran, tidur beramai-ramai di bilik pelbagai asrama seperti mangsa tsunami daaaaaan banyak lagi. Alamak termensi pulak. Hewhewhew.. Nampak tak, sebenarnya aku nak share everything that happened in my life either it's for you to take it as pengajaran or just have fun with my story. Tapi nak wat canew. Dekat asrama tak boleh bawak laptop.. Bila balik, idea tertinggal dekat Pengkalan Hulu. Tak pun, sibuk baca novel, berangan kahwin dengan anak CEO, ngorat pakwe. Ehhhh ? dengan homework. Biasalah kita ni bukannya pandai manapun, nak berjaya kena struggle berganda ganda dari yang sedia maklum. (Padahal cuti ni tak study pun lagi. Homework masih banyak yang terbengkalai)

Maka dengan itu, saya pun rasa blog saya ni dah takde yang nak datang membaca memandangkan stats pun macam takde je macam takde je *dekatkan kamera, jauhkan kemera* Hahaha. Astaghfirullah. Itu yang buat aku rasa macam keputusan yang aku telah fikirkan bebrapa hari lepas macam betul. Apa yang aku fikir ? Haaaa.. Jeng jeng jengggg ! Aku rasa cam nak tutup blog lah. Bukan blog je, tapi twitter, pesbukkuyangdahberhabuklagihapak, ask.fm, instagram dll. Pasai pa tiba tiba ja ? Frust kaaa ? Crush hang tak jadi masuk meminang kaa ? Takpayah nak terkejut sangat la aku reti bahsa utara sikit sikit. Apa guna belajar jejauh tapi tak reti belajar bahsa tempatan ? Bak kata Mak Ngah aku. Fyi, aku tak cakap utara pun dekat sana. Tak pernah pun. Sebab ramai je yang guna bahasa key ell. Berbalik kepada cerita sedih frust tadi, aku tak frust pun. Crush aku dah datang meminang, tapi aku yang ni berwawasan telah menolak pinangan dia. HA HA HA *gelak jahat* *macam tak jahat jee* Tapi, aku berkorban demi tidak mengganggu aku punya life. Yelahh, owang SPM kannn ? 
 mangatnya lahai aku niiiii...



kita pun nak dapat straight A's gak macam abang ittew
ittew nak gak study oversea bukan setakat over the sea.


Tapi, macam sayang la nak tutup terus. Hmmmm... Nooo !! You can't fall in love with this, Wani. Itu namanya awak telah cintakan duniawi. Tidaaakk ! Tapi tak sure lagi. Yang facebook, yes. Aku memang nak tutup. So, say byebye to facebook. Tapi, twitter dengan IG ni cam ermm kalau tetiba nak pakai cane ? Ermmm....... Blog pula kalau tetiba ada orang nak baca post lama lama yang dah berhabuk pulak cane ? Ermmmmmmm.. Okay, sudah cukup sudah ~ cukup sampai disinii saja ~. 

Akhir kata (kehebatan aku menukar topik terserlah lagi) cerita tak habis dah akhir kata. Hahaha. 
Akhir kata SEPULUH JARI DI TADAH MAAF DIPINTA DAN DIPOHON ANDAI POST INI ANNOYING GILA KHINZIR SEBAB BUANG MASA ANDA YANG MEMBACA. 
SAYA SEBENARNYA NAK POST BENDA LAIN TETIBA HILANG DITIUP ANGIN HUJAN TADI. 



Jadi, itu saja daripada saya setakat ini. Inshaa Allah, kalau ada keajaiban saya akan post lagi. Lol. Sebanarnya takde pape. kbye.

Sekian terima kasih, wassalam.
xoxo,
Wani :)

p/s: Next year will be the same like these two years. Takkan banyak post. Mungkin takde langsung.
So, awal awal nak minta maaf kalau ada yang ternanti post tahun depan. (Semangat gila nak cerita pasal benda tahun depan. puihh puihh !)

Saturday, December 7

Harapkan pagar, pagar makan padi

Assalamualaikum.

Semua orang mesti ada sahabat baik kan ? Kalau takde pun, sekurang-kurangnya ada kawan. Saya pasti awak juga turut mempunyai kelompok kawan-kawan. Maksudnya awak ada ramai kawan. Apa gunanya kawan tersebut ? Kebanyakan daripada kita pasti akan menceritakan pengalaman atau rahsia dekat kawan kita tu. Dari situ, awak telah meletakkan kepercayaan awak kepada kawan awak tu. Tahniah, awak dah ada orang yang awak percaya.

Tapi awak pasti ke dia betul-betul boleh dipercayai ? Ya, itu point saya sekarang. Bukan saya nak kata kawan awak tu tak boleh dipercayai. Hanya awak yang tahu perangai dia macam mana. Saya hanya nak awak berhati-hati dengan kawan-kawan awak. Mungkin awak ada 10 orang kawan. Kenapa 10 ? Kenapa bukan 4 ? 3 ? 5 ? 98 ? Kerana saya memang suka guna nombor 10 sebagai contoh. He he he (Awkwardnya gelak cemtu). Dalam 10 orang tu, pasti akan adaa yang tak berapa berkenan dengan perangai awak. Hal ini menyebabkan dia berasa dengki yang turut membawa kepada kebocoran rahsia awak yang dilakukan oleh kawan awak yang sorang tadi tu. Panjang weh ayat.




Jadi, apa yang saya nak tegaskan di sini. Walau berjuta tahun sekalipun kita kenal kawan kita, akan ada perangai dia yang tertentu yang kita tak tahu. Lagipun, hati manusia ni sentiasa berubah. Mungkin sekarang memang dia ibarat manusia yang paling boleh dipercayai. Namun, cuba lihat pada satu jangka masa yang agak panjang, dia mungkin akan berubah atas faktor persekitaran seperti kawan-kawan baru yang lebih gempakkkk ! (ala-ala iklan air Heaven and Earth. Lolol !) daripada anda. 

Dalam dunia ni, ada banyak ragam manusia. Ada yang baik, baik sangat. Yang jahat pula, Nauzubillah, bagai syaitan bertopengkan manusia. Kalau tengok drama melayu pun banyak juga yang menceritakan tentang orang kepercayaan pecah amanah. Malah, dengan keluarga sendiri pun dia sanggup tikam dari belakang. 
Dulu saya mungkin tak perasan semua ni kerana saya tak jumpa lagi manusia yang macam ni. Bila saya keluar dari kepompong (macam tu ke eja ? Takpe, kejap lagi baru check kamus) baru Allah tunjukkan manusia yang macam ni. Itupun, nasib baik Allah tunjukkan sekarang. Kalau masa kerja nanti dan melibatkan perkara yang lebih rumit seperti pinjaman bank, ah long, dan sebagainya ? Nauzubillah.





Sesungguhnya kepercayaan itu sungguh besar nilainya. Dan tak semua orang mampu memberi peluang kedua terutama bila melibatkan kepercayaan. Kalau dapat pun, saya pasti ia tidak mungkin sama seperti yang pertama. Maklumlah, dah seriklah katakan.  




Kesimpulannya, kita memang kena percaya kalau nak sesuatu hubungan tu menjadi indah dan seronok. Cumanya, ada beberapa yang kita tak perlu kongsi dengan orang. Yang paling perlu dijaga ialah hati. Janganlah kasi hati kita 100% kepada seseorang walaupun dia ibu awak, suami awak, ayah awak atau sesiapa. Yang berhak mendapat 100% hati ini hanya Allah dan Rasul s.a.w. Kenpa Allah ? Kerana Allah adalah pemilik hati ini. Dia yang mampu  menjaga serta memesongkan hati kita. Dan kenapa Rasul s.a.w. ? Kerana baginda seorang yang maksum. Baginda bersih dari segala dosa. Namun kita, tak pernah lari daripada membuat dosa.


If only you understand what the picture is telling you

Akhir kata, artikel ini bukannya nak buat anda rasa ragu-ragu dengan kawan awak sekarang. Sebaliknya ia hanya sebagai peringatan sebelum awak terkena jika awak tak pernah kena. Kerana sakitnya apabila dikhianati hanya Allah je yang tahu. Dan kepada yang dah terkena, berhati-hati bagi mengelakkan fobia yang lebih teruk. Yang sedang merana, jadikan ia sebagai pengajaran. Ingat, Allah sedang menguji awak dan akan memberi yang lebih baik pada masa akan datang.

Jangan jadi 

Hik hik hik (gelak penuh ayu dan sopan)

Sekian, wassalam.
xoxo,
Wani :)

p/s : Saya berjaya menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya ! Yaa, tahniah kepada saya ;p
p/ss : Jangan complain pasal banyak gambar. Tetiba gatal tangan nak bubuh gambar banyak. hik hok.
p/sss : Anything, ask me here ! Saya berbesar hati akan menjawabnya :)