Thursday, February 21

The Life Has Begun

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kawan-kawan.

It's a looooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong (cukup panjang tak? haha) time since I updated my blog, right ?
Uuuuuu~~~ Rindu sangat nak meluahkan perasaan dekat sini. Ada yang rindu tak ? LOL, kay Wani kayyy. 

As you know and for those who don't know, I am a form 4 student. Yeeee, saya dah enam belas tahun. I repeat, enam belas tahun. Hampir 2 bulan dah saya menyandang jawatan tak berpangkat ni. And so far, Alhamdulillah, my life dah start to stable. Not so stable tapi takda lah macam orang takda hala tuju hidup macam masa awal-awal dulu. I'm not sure if I ever did tell you yang being a form 4 student is very depressing and I really don't like it. Tapi sekarang, Alhamdulillah dah boleh cope dengan keadaan, In shaa Allah. 

Remember  I told you about mrsm intake ? Haaaa... sebenarnya last week baru dia ambil bukan last month. Ada orang kasi maklumat salah, harap maaf. Dan seperti yang anda lihat, saya masih disini, di SMK Seksyen10 Kota Damansara. Bila nak cerita pasal perasaan di 'reject' (Nabihah marah aku guna perkataan tu, dia kata "bukan kena reject, tapi diorang hold untuk next intake". Apapun, tetap di reject jugak -.-) tu, memanglah Allah je yang tahu. Kalau nak cerita pasal kecewa dan sedih tu, sampai tahun depan pun tak habis. Tapi Alhamdulillah, berkat aku follow Dena Bahrin dekat IG, twitter dan blog dia, I've been motivated sikit la dengan kata-kata dia. 

Walau apapun, kita berbalik kepada ketentuan Allah. Allah knows the best. "Kalau dah memang rezeki kau dekat situ, kau buatlah apa pun/pergilah ke mana pun, penghujungnya, situ jugaklah tempat kau. Dan kalau dah memang bukan rezeki kau, kau buatlah macam mana sekali pun, pakai cable ke wayar elektrik ke tiang elektrik atau segala macam jenis wayar dan cable (aku rasa wayar dan cable merupakan dua perkataan yang sama maksud), kalau Allah kata itu bukan rezeki kau, maka sampai mati pun kau takkan dapat." - wani. Ingatlah kata-kata kasar tapi bermakna daripada Wani tu. Khas kepada sesiapa yang di reject macam aku ni hahha. Sorry la, bahasa kasar sikit. Cenggitu la Wani motivate diri sendiri.

 Tapi dalam kita berserah dan pasrah, kenalah berusaha dan DOA ! 
Usaha tu selalunya dilakukan sebelum. Kemudian, doa dan akhir sekali tawakkal. Basically, aku dah pasrah gila pasal mrsm. Sampai macam tu sekali aku kecewa. Tapi sampai bila nak bersedih dan kecewa ? Benda tu cuma membuang masa. Pada akulah. Sebab masa depan kita masih boleh dicorakkan. Jangan disebabkan satu perkara yang mengecewakan, kita terus bersedih dan tak fokus masa depan. Sebagai contoh, macam cousin Wani which now is studying in India in medic sponsored by MARA. Di sini apa yang wani nak bagitahu, cousin wani tu bukanlah hasil anak didik MARA. Dia belajar dekat sekolah biasa, tapi masih boleh dapat sponsor sambung study. Bezanya, kita kena berusaha lebih berganda-ganda daripada those yang dekat sbp or mrsm.

Menurut cerita dari classmates wani yang dapat tawaran tu, ada yang dekat MCKK, ada yang dekat Sains Muar (dekat dengan kampung aku wehh !), Sains Melaka (sekolah lama mak aku wehhh !), MRSM Pengkalan Chepa (Nabihah is there !), MRSM Pengkalan Hulu (tempat Dibbo Dibonn !) dan MRSM Lenggong. Ranking paling tinggi masalah dekat tempat-tempat tu adalah kawan. Diorang cakap susah nak cari kawan sebab ada yang dari mrsm lain, so diorang macam dah ada geng masing-masing. Semua orang cerita benda yang sama. And that's why Wani memang pasrah, tapi masih belum redha dengan ikhlas. Hahha, macam mana tu ? Itu maksudnya, wani masih meletakkan harapan untuk dapat walaupun sedar peluang tu tipis sangat. So, marilah kita sama- sama berdoa, In shaa Allah, kalau dah kata memang rezeki tunggulah berjuta tahun dan berzaman-zaman pun, pasti ianya akan jadi milik kita jugak.
Tak lupa yang sedang berada di mrsm Parit tu. Just want to share something yang Nabihah pernah cakap sebelum dia pindah hari tu, "Wani ni apa la... Orang tu dah nak pindah baru nak tegur, nak ada hati dekat dia. Time dia ada dekat sekolah tu, taknak pulak suka dia." Haihhh! Mana la nak tahu yang wani akan TERsuka dekat dia bila dia dah pindah. Hahahah.

By the way, just want to let you know that now I am busy with homeworks. Berganda gila kerja tahun ni. Sumpah! Langsung tak sama macam masa form3 dulu. Dan sekarang I'm busy rehearsal-ing  teater untuk saringan wakil sekolah. Fuhhhh! Lepas tu minggu depan kena practise tarian untuk perform masa mesyuarat PIBG, then ada March Test. Ya Allah ! Sangat pantas masa berlalu. Dan right now, right here, I feel very bersalah macam dah bunuh 100 orang tadi.. Sebab homework aku tak siap lagi tapi aku masih disini menaip untuk post dekat blog. Dan jam telah menunjukkan pukul 10 malam. 
So, I think bye for now. till meet again soon or later. Okay ?

Selamat malam. May all of us blessed by Allah and may Allah protect us from any bad luck. ;) 
Trust Allah, Allah knows the best for you. Kadang-kadang apa yang kita rasa terbaik untuk kita, belum tentu memang terbaik untuk kita. 
Okay, boiiboiiiyyy!
Assalamualaikum.

xoxo, 
Wani