Wednesday, June 5

Talk About Self Confidence ?

Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah, aku boleh lagi menulis di blog aku. Mari bersorak ! Yeayyyyy ! LOL. Okay, cukup.

Hari ini tak tahu pasal apa, aku macam nak kongsi pasal keyakinan diri. Mungkin sebab tadi aku ada ternampak banner seorang blogger ni, dia cerita pasal confidence. 
Well, aku pun bukanlah lahir lahir terus menjadi seorang yang sangat yakin apabila berhadapan dengan semua jenis makhluk di bumi ini. Aku dulu pun ada masalah self confidence. Tapi, jujurnya, aku tak ingat bila masa self confidence aku dah berkurangan. Tiba-tiba aku sedar, sekarang masalah self confidence aku dah okay, tak kritikal, tapi masih lagi malu-malu. Hihiihi. Malu itu kan sebahagian daripada iman. wakakaka

Pada amatan aku yang baru hidup selama 16 tahun setengah ni, confident datang dari dalam diri dan confident is what in your mind. Yes ! Your mind reflects very well on your attitude. Macam yang aku ada cakap dalam post yang lepas, tapi itu berkaitan dengan hati. Tapi sama je kan, hati dan fikiran akan reflects benda yang sama, basically. Itu mengikut pandangan aku la, kalau ada yang tak setuju, mungkin dia ada hujah dia yang tersendiri. Pandangan manusia berbeza-beza kan ? So, lepak chill and relax, kay ? Takpayah gaduh-gaduh.

Jadi, jika anda berfikir bahawa anda rasa tak yakin, maka tak yakinlah jadinya. If you think the other way round, maka anda bisa berdiri di sebelah Kate Middleton dengan penuh rasa yakin dan perasannya. Hahaha. 
Yang penting, anda haruslah berfikiran positif. Ya, positif sangat senang, tapi sukar untuk dilakukan.
Tadi aku ada terbaca yang orang takkan nampak kalau kita rasa diri kita tak yakin. Sama juga bila kita pandang sesorang. Kita akan nampak macam dia yakin, tapi sebenarnya tiada siapa dapat tahu yang sebenarnya dia tengah berperang dengan diri dia untuk berasa yakin depan semua manusia. You get me ?
Aku ni pun sebenarnya masih budak lagi, belum cukup arif untuk bercerita soal ini. So, tak banyak benda yang aku boleh share sebab aku pun bukanlah yakin sangat bila nak berhadapan dengan orang, yang penting kita perlu cuba dan sentiasa cuba. Usahakan tangga kejayaan ? xD

Bila cakap pasal self confidence, aku ada satu cerita menarik pasal seorang classmates aku dekat maktab. Dia lelaki dan sangat pemalu dengan perempuan. Aku tak dapat nak kenal dia sangat lagi. Masa aku mula-mula masuk dulu, ya Allah ! Aku tak faham betul dengan dia ni. Pemalu dia tu boleh diibaratkan sebagai melampau. Sebab dia sampai boleh nak menyorok bawah meja kalau kena soal. Aku dah macam tak tahu nak cakap apa pasal dia. Sebab dah macam memalukan diri sendiri. Aku pelik, macam mana dia boleh masuk ke sini. Hahaha. Jahat gila statement aku. Ya, aku tahu, terima kasih. 
Dan satu benda yang aku bangga dengan classmates aku, mereka beria-ria tolong yang seorang tu supaya ada self confidence. Bila sekali pandang cara mereka tu macam membuli tapi sebenarnya mereka nak membantu dia untuk ada self confidence. Bila ada apa-apa presentation, dia dipaksa untuk bercakap. 
Aku pernah sekali tegur dia masa dia tengah happy lepak dengan budak lelaki class aku yang lain, daripada cara dia bercakap nampak dia okay, even jawabnya tu macam dah anggap aku macam kawan dia. Mungkinlah. Aku ni kuat perasan sikit.
And you know what, dalam masa lima bulan, dia dah boleh bergaul dengan penuh yakin macam orang lain. Wa tabik sama lu, classmates ! kerana telah berjaya membantu kawan kita yang seorang tu berasa yakin. Boleh tak kalau aku nak jadi macam tu ? Supaya orang lain dapat tolong aku. Hahaha. Okay Wani, kau dah boleh pergi balik dengan gedik kau tu.


Well, Itulah salah satu kebaikan kita hidup di asrama. Kita saling membantu, especially kalau hidup di MRSM Pengkalan Hulu. Kehkehkeh. Kami sama-sama membantu each other dan bergaul dengan sesama sendiri dalam satu batch. Tapi, satu benda yang tak berapa okay dekat sini, antara batch dengan batch ada jurang, you know ? Macam senior, dia tak berapa geng sangat dengan junior. Cenggitulah, lebih kurang. 

Haa aku pun dah terganggu sikit dari tajuk, jadi sebelum aku melalut lagi panjang, aku rasa cukup takat ini je.
We'll see you in other time. Mungkin masa cuti raya nanti aku selit sikit dekat sini. Ahad ni aku dah nak balik. sobs sobs :'(
Aku agak ayah aku sebenarnya malas nak hantar. Sebab sebelum ni dia hantar sehari sebelum waktu pulang. So, dapatlah bermalam di chalet yang serba urmmm dekat pekan Pengkalan Hulu tu. Nak buat cemana, dah MARA taknak sponsor balik sana sekali. Kesian aku. Cehh, kesian dekat diri sendiri bukannya ayah dia yang kena drive 6 jam tanpa henti.

Baiklah itu sahaja kompelin saya pada kali ini. Folio Bio dan Folio BM aku tak siap lagi ni. Ini pun part of kompelin saya.
So, see you next time, In Shaa Allah.
Before that, aku nak buat advanced wish untuk sambutan ramadhan tahun ni. So, 
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Cherish your fast month dengan ibadah dan memperbaiki diri anda. 
Ouh yeaaahhhh ! 

Ini adalah sebahagian plan untuk menampakkan post aku nampak panjang. Lolsss, sorry kalau boring.

Sekian, terima kasih,
Assalamualaikum.

xoxo, 
Wani ;)


p/s: aku telah berjaya membaca 6 novel setakat cuti hari tu. wink wink. Tapi homeworks taak siap. pfffffttt !

p/ss: Aku ingat nak buat review pasal novel yang aku baca. Sumpah doh, best gilaa ! Paling aku suka The Wedding Breaker by Evelyn Rose. Aku nak suami aku nanti sweet macam Tengku Adam Kamil bin Tengku Mukhriz. Awwwwwhhh <3 font="">