Sunday, August 4

ANDAI ITU TAKDIR AKU

Assalamualaikum.

Ya Allah !! Rindunya nak bloggiiiiiiiinnnnnnnggggggggggggggg !!!! Okay, stop that. I don't know how to start sebab macam lama gila aku buka blog, even blog orang lain pun. 

First of all, Alhamdulillah. Selepas dua bulan straight tak balik rumah, akhirnya ! Inilah dunia. Dalam tempoh dua bulan aku dekat maktab tu kan, macam-macam jadi. Obvious lah kan ? Apa aku merepek tu. Theres sweet and sour. 

Aku nak cerita benda yang tak best dulu. Benda yang tak bestnya, habis je exam, aku homesick yang teramat sangat. Bukanlah sebelum tu tak homesick. Adalah jugak. Tapi aku tahan, aku buat bodoh je. Tapi, yang masa itu, aku memang tak boleh nak tahan langsung. Yang tak boleh blah nya, betul-betul before subject addmaths, air mata aku bergenang. Pastu, masa tengah buat soalan addmaths, mata aku macam merah-merah, ada orang tegur "Kau nangis sebab tak reti buat ke, Wani ?" Aku pun kelu terdiam jap, cuba nak cari rasionalnya soalan dia. Then, lepas habis class, aku menangis dekat surau, siap guling-guling lagi. Sepanjang waktu prep tu pun aku asyik termenung pandang ke pagar maktab dari kelas aku. Memang sangat pathetic aku hari tu.

Benda yang manis dan hikmah dua bulan tak balik pulak, aku ada kesedaran tentang penutupan aurat secara keseluruhannya. Alhamdulillah. Tapi, biasalah sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita lalai sikit, tapi aku cuba yang terbaik. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu, kita kena cuba untuk jadi yang terbaik. Walaupun banyak kali gagal. Sebagai contoh, aku. Konon nak stay up malam buat homeworklah, study lah, tapi, haprak ! Setiap kali aku cakap nak stay up, awal-awal lagi roomates aku dah cakap"Tengok nanti masuk bilik terus tidur punya." -.- Cheese cake ! Apa punya kawanlah. Patutnya kasi motivation, ni lagi melunturkan semangat. Haa, gitulah. Back to the point tadi, aurat seorang wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Ini bermaksud sekali dengan kaki kena tutup. Lepas tu, Allah juga telah berfirman labuhkan tudung menutupi dada. Maksudnya ? Tudung tu, turunkanlah sikit. Lepas tu, baju perlulah sedikit longgar dan tidak jarang.. Haaa, yang ini ramai yang tak ikut jugak.Baju mengikut bentuk badan dan agak jarang, serupa tak pakai baju. Sama jugak macam seluar, especially jeans. Sekarangkan trend skinny ikut korea. Weh, seriously, aku tak suka kurang berkenan dengan kaum yang pakai seluar gitu. Lagi-lagi lelaki. Anda nampak macam bapok, tahu ? Tak tahu ? Ini yang aku nak bagitahu ni. Tahulah kurus. Tak rasa macam hodoh ke tayang tulang kaki dekat orang ? Itu serba sedikit pasal aurat perempuan. Aku bukannya nak berlagak macam ustazah. Cuma nak mengingatkan. Lagi satu. Mungkin ramai yang tak tahu, tangan perempuan, ye, wahai kaum perempuan-perempuan sekalian, warna tangan tu melambangkan warna kulit anggota dalaman. Anggota bukannya organ. So, harap anda memahaminya. Memang taklah aku nak mention dekat sini. Entah kaum apa yang baca kang, lain pulak jadinya. Ini adalah salah satu cara aku nak berdakwah. Sesiapa yang tak suka, aku minta maaf banyak-banyak. Raya nak dekatkan ? Tak baik simpan perasan mazmumah dalam hati tu,

Akhir sekali ! Aku culture shock datang KL, panasnya ya amat. Astaghfirullahhalazim. Lepas tu yang paling aku benci. Nyamuk keliling badan !! Sejak aku sampai KL, aku dah isytihar perang dengan kaum nyamuk. Harap maklum.

Ada lagi satu ! Walaupun dua bulan tak online, aku tahu juga pasal perempuan yang couple seminggu tu. Ngeh ngeh ngeh. So here's some advise I want to give. Nak buat video berunsurkan personal matter tu tak salah, tapi kalau boleh tak payah la post dekat internet. Kalau nak juga, private la untuk certain people je. Bila dah jadi macam tu, banyak orang buat parodi mengutuk dan menghina cara awak cakap tu, tak ke macam menjatuhkan maruah ? Apapun, learn from mistakes but never regret. Because mistakes make us stronger and more mature.

Cakap pasal maruah ni kan. Ada seorang kawan aku ni buat aku terbuka mata pasal maruah sebagai seorang perempuan di mata lelaki. Perasan tak, kita kalau minat seseorang mesti macam tergedik-gedik bila dekat dengan orang tu kan ? Lek, aku pun gitu gak. Tapi, sebenarnya kalau anda perasan, semasa anda dok tergedik-gedik tu, cuba bayangkan apa orang tu fikir. Tak rasa ke dia mengata atau mengutuk korang dalam diam ? Even, kalau dia layan pun, tak rasa ke dia akan buka cerita dekat kawan-kawan dia. Dan tahukah anda,lelaki dan perempuan fikirannya berbeza. Lelaki ni, nafsu dia pelik. Sorry la, aku kena cakap juga sebab nak make it clear. So, faham-fahamlah. Dari situ, maruah anda slightly jatuh di mata mereka. Ehhh, I think that's enough kot. Kang benda lain pula yang aku ter-type. Tak pasal-pasal muka aku keluar front page paper "Budak bawah umur post benda yang tak sepatutnya di blognya" Tak ke famous aku nanti. Kan kan kan ?

Itu saja dari saya takat ni, maaf di atas segala kesalahan atau kalau ada yang aku tulis tu offense anybody. I'm really really sorry. 

Oh God ! I can't stand any longer. Nyamuk ni dah melampau. Aku nak buat serangan balas. So, byebye ! Salam Lebaran, everybody.

Assalamualaikum.
xoxo, 
wani.