Thursday, May 30

Dugaan bermaksud Allah sayangkan kita

Assalamualaikum and a very good morning.

Anda apa khabar ? Sihat ? Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan kita kesihatan yang baik kepada kita. Kalau ada yang tak sihat tu, ucaplah juga Alhamdulillah, kerana sesungguhnya Allah sayang anda dan ingin menghapuskan dosa-dosa kecil anda. 
It's been so long tak post kan ? How great if MRSM Pengkalan Hulu boleh kasi guna computer and surf internet, pastinya setiap minggu aku post. Because my everyday life penuh dengan benda baru yang aku rasa aku patut share dengan semua orang to take it as  pengajaran. 

Dalam plus minus dua bulan aku dekat sana, banyak benda pasal kehidupan aku belajar. Yang paling aku take as lesson, I mean yang aku sentiasa remind is macam mana nak belajar hidup sendiri dan bergantung hanya pada Allah. Bagi aku, semua yang berlaku adalah atas kehendak Allah. Dalam surah Yasin, ayat 86 (Selalu baca, dah boleh ingat dah. hehehe) Allah berfirman, kun fayakun yang bermaksud, "Jadilah !" Maka terjadilah ia. If Allah say YES, nobody can say no. And if Allah say NO, nobody can say yes. Menurut satu novel yang aku baca semalam, jalan hidup kita, telah ditulis di Loh Mahfuz. Segala kita punya kejayaan dan dugaan mahupun kegagalan kita semuanya telah tertulis, cuma yang membezakan nanti adalah bagaimana kita menghadapi semua tu. Adakah kita memilih untuk mengambil jalan singkat yang akan membawa kita terjerumus ke neraka ? Atau kita akan berpatah balik kepada fitrah iaitu dengan berdoa dan memohon ampun kepada Allah. 

So, kita tak boleh mengalah dengan segala dugaan yang datang. Apapun halangan yang mendatang ingatlah ! ALLAH TAK AKAN UJI SESEORANG HAMBA ITU LEBIH DARI KEMAMPUAN HAMBA TERSEBUT. Mungkin pada mulanya kita rasa kita tak mampu untuk menghadapi dugaan tersebut. But you also should remember that you don't know how strong you are until the only choice you have is to be strong. Masa itu, baru kau akan sedar betapa kau sebenarnya kuat menghadapi cabaran tersebut. Dugaan datang bermaksud Allah sayang dan cintakan kita. Dan kita sebagai manusia biasa yang lemah. Bila mana kau rasa kau memang tak mampu langsung nak hadapi semua tu, berdoa mohon kekuatan dari Allah. Kekuatan tu bukannya dari segi fizikal tetapi kekuatan hati. Kekuatan hati untuk sabar dan terus cekal dengan dugaan tersebut. 

Macam aku sendiri experienced something yang buat aku lebih berani untuk menghadapi dugaan. Sepanjang sebulan pertama tempoh aku tinggal di asrama, memang sangat menggugat keimanan aku untuk terus stay dekat sana. Memandangkan aku second intake, jadi orang lain dah boleh adapt dan terima hakikat yang mereka harus berjauhan dengan keluarga dan tinggal di asrama yang serba serbi kekurangan tak macam dekat rumah hampir semuanya lengkap. Jujur, masa tu hati aku berbelah bagi sama ada taknak tinggal situ dan balik sekolah lama, atau terus tinggal situ dan lupakan keinginan nak ke sekolah lama. Aku dipengaruhi dengan kata-kata orang yang mengalah nak pergi ke sekolah lama semula. Satu hari tu, aku rasa I have to stop all this drama. Aku tak tahu mana datang spirit tu, tapi dia macam something like aku tak pernah merasainya sebeluum ni. Tiba-tiba aku macam terbuka hati dan terbuka minda yang kalau Allah tak uji aku sekarang, nanti masa masuk universiti, aku tetap akan hadapi benda yang sama. Kalau aku tak kuat hadapi sekarang, bila aku dah masuk universiti, apa aku nak buat ? Takkan aku nak lari lagi ? Untuk nak dapat sijil SPM, pergi sekolah sebelah rumah pun boleh. Tapi untuk nak dapat segulung ijazah, kalau tiba-tiba dapat tawaran yang jauh dari tempat tinggal sendiri, takkan nak sesuka hati redah universiti yang dekat dengan rumah. Unless kalau gaji mak ayah boleh tampung hidup tak bekerja selama bertahun-tahun, bolehlah masuk private college. So, the only way I have is to be strong. Bermula dari situ, memang aku pekakkan telinga bila orang sekeliling cerita pasal nak balik sekolah lama. Sebab aku tahu kalau aku dengar apa yang diorang cakap, aku takkan mampu  untuk terus kuat.

Ironinya, apa yang aku cuba nak sampaikan, Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, bila kita bersungguh-sungguh memohon, In Shaa Allah akan ditunjukkan jalan yang terbaik. Kekuatan bukannya datang dari luaran tetapi ia hadir dari dalam diri. Dari hati, it will reflect to your personality. Sebab tu, kalau orang hati dia baik, bersih, akhlaknya pun akan ikut sama baik. Bila hati seseorang tu gelap, penuh sifah mazmumah, perangai dia pun akan ikut sama nampak tak senonoh walau macam mana dia cuba untuk sembunyikan, akan tetap terbongkar sifat kejinya tu. Tiba-tiba cerita pasal akhlak pulak. Haa itulah. Aku kalau bercakap selagi aku boleh relate dengan benda lain, aku akan relate jugak. sampai penghujungnya, baru aku sedar aku dah terpesong dari tajuk cerita yang sebenar. I don't know benda tu something yang good because I can relate anything or not good because mudah terpesong :p Ha ha ha. Okay Wani.

Jap ! Tak habis lagi. Setiap dugaan pasti ada hikmah. Yes, hikmah will come after the dugaan process. Hikmah ni adalah sebagai ganjaran kita berjaya menghadapi dugaan. Memang semua dugaan ada hikmah yang membezakannya sama ada hikmah tu besar atau kecil. Selalunya bila kita redha dan ikhlas menerima dugaan tu, baru kita nampak dengan jelas hikmah disebalik dugaan. 
Sebagai contoh, ada orang ni, kena rogol. Can you imagine how hard it feels, bila mahkota yang dijaga dengan baik, tiba-tiba diragut oleh manusia yang hilang pertimbangan ? Memang terasa sungguh kelam dunia ini, bagai tiada masa depan. Tetapi, bila dia ikhlas dan redha dengan musibah yang berlaku dekat dia, dia mula membuat amal jariah. Dia pergi rumah anak-anak kasih ke apa entah nama tempat tu, yang ada budak-budak kecil yang abnormal dan ada disability physically or mentally. Di situ, baru dia sedar yang sebenarnya ada orang lebih malang dari dia. Dari situ, dia cuba untuk menggembirakan hati anak-anak kecil di rumah itu. Dan satu hari, dia terserempak balik dengan lelaki durjana yang dah rogol dia. Dia mula nampak sisi kebaikan lelaki tu. Dia mula jatuh hati pada lelaki tu. One day, lelaki tu lamar dia, tapi sayang, dia dah jadi tunang orang, iaitu pilihan keluarga dia. Pada hari akad nikah, baru dia tahu yang tunang piilihan keluarga dia merupakan lelaki yang dia cintai selama ini yang telah berubah menjadi seorang lelaki yang beriman. How sweet kan ?  Okay Wani, stop with that sweet sweet things ! Nampak tak ? Bila kita redha, hikmah tu akan datang even better than before.

Sesungguhnya dugaan yang Allah bagi menunjukkan kasih dan cinta-Nya kepada kita. Allah nak kita jadi lebih baik, pasal tu dia turunkan dugaan dekat kita. Cuma kadang-kadang kita je yang tersalah pilih jalan membuatkan kita terpesong dari fitrah. Maka, janganlah anda sedih dan menyesali segala yang berlaku kerana memang ada hikmah ! Kadang-kadang percaturan yang Allah tetapkan menjadikan kita keliru apa benda sebenarnya yang Allah nak tunjukkan kepada kita. Itu bermaksud kita harus kembali kepada fitrah, iaitu memohon petunjuk kepada Allah. Minta bersungguh-sungguh. Menangislah dan merayulah kepada Allah, bukan kepada manusia. Kerana yang berkehendak sesuatu berlaku adalah Allah, bukan manusia. Manusia tiada kekuasaan untuk mengatur hidup sesama sendiri. Semuanya kerana Allah. 
Yes ! Aku sendiri baru dapat relate kan ayat pertama aku dengan ayat terakhir. Hahaha. Punyalah panjang berjela dari hook nak sampai ke crook. Alhamdulillah.
So, that's it. Apapun yang berlaku, kita bergantunglah hanya kepada Allah. Sesungguhnya Allah is the best planner and Allah's planned always the best for us. Yakinlah pada plan yang telah Allah aturkan untuk kita. 

So, I think that's all for now. Mohon berjuta kemaafan kalau ada yang menunggu aku untuk post dalam blog ni. Aku pun sebenarnya macam-macam benda yang lebih berfaedah aku nak share berbanding post aku yang sebelum ni. (Baru sedar diri yang post dia all this while tak berfaedah langsung ;p)
Sebelum mengakhiri, marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan sesama sendiri and good luck for you in anything you do. Ingat ! Kita hidup kerana Allah taala. Don't let people's words make you down.  Yang penting bak kata senior BWP maktab aku, dengar, telan dan buang. Dah kenapa aku masuk bab ini pulak ?
Sebelum aku melalut lebih panjang, izinkan aku mengundur diri.

Terima kasih kerana membaca, 
Assalamualaikum

xoxo,
Wani ;)