Thursday, December 19

Lesson learnt

Assalamualaikum wbt


"Kenapa mama dengan papa macam tak sayang aku ?"

"Kenapa kakak aku boleh dapat Iphone, tapi aku tak boleh ?"

"Kenapa mama dengan papa tak nak dengar cerita aku macam parents orang lain ?"

Pernah tak muncul persoalan macam tu dalam otak anda ? Ya ? Tidak ? 

Well, saya pun pernah dan mungkin masih bersoal pasal benda macam tu. Kadang-kadang rasa macam adik dapat lebih dari abang, kakak dapat kurang dari adik. Tapi instead of you tengok dari sudut pandangan yang you sedang pandang tu, cuba pandang dari sudut lain. Tak faham ? 

Contoh la ye, dari segi kebendaan adik dapat lebih daripada saya which is dia dapat Iphone 5s. Tapi apabila saya pandang dari perspektif lain, iaitu pasal hari bahagia atau hari bersejarah, adik saya mungkin kurang dekat situ where every time my birthday, mesti sambut meriah, jemput satu kampung sambut birthday. Kenapa ? Sebab masa tu new year. Lol.

Jadi, apa yang aku nak sampaikan di sini, kadang-kadang kita rasa kita ni malang and whatever you feel, cuba diam sejenak. Fikir. Nilai balik, muhasabah diri. Mungkin Allah taknak kasi aku Iphone sebab Dia tahu bila aku ada Iphone, aku akan lalai sampai kucing mati kena langgar depan mata pun tak nampak. Dan untuk ganti kepada Iphone tu, Allah bagi aku dapat sambut tarikh keramat dengan penuh rasa gembira and not left out. 



"Tapi tu setahun sekali je ? :'( "
Tak payah nak bertapi sangat la sekurang-kurangnya kau dapat juga merasainya. Cuba fikir orang dekat Palestin , dekat Syria dan tempat seangkatan dengannya tu, pernah fikir tak macam mana dia sambut birthday dia ? 

I want to celebrate my birthday :(

Kesimpulannya bila mana kita rasa macam sesuatu ketidakadilan berlaku (terutama among adik beradik sebab selalu paling bermasalah dengan adik beradik sendiri. Maklumlah kurang kasih sayang ;p) silalah diam sejenak, dan cuba bersyukur dengan apa yang awak pernah dapat.



"Tapi tu dulu, benda dah lepas usah dikenang."
Fine, usah dikenang. Habis tu, macam mana awak nak jawab exam sedangkan soalan tanya benda yang awak belajar pada masa lepas. You get me ?

Walau apapun, kita tak boleh hidup berlandaskan what's coming. Sometimes we must look to the history so we can plan the strategy for something better in future. Dan walau apapun, things happen because Allah wills it to happen. He knows what's the best for His servants. Ada hikmah disebalik kau tak dapat apa yang dia dapat dan dia tak dapat apa yang kau dapat. 
Fikir dia dapat Iphone hidup dia akan bahagia selama-lamanya ? Kita yang melihat ni mungkin macam kagum tapi tak siapa tahu yang ibu ayah dia bagi dia Iphone sebagai ganti kepada masa yang tak dapat mereka spent together. So disebabkan taknak anak dia rasa kesunyian maka ibu ayah dia pun bagi Iphone.



So that's all for now.

Sebanarnya terdetik nak buat post pasal ni apabila semalam aku tanya ibu, esok (hari ni) ibu cuti tak (sebab my sis ambil result PMR dia) ? Then, ibu kata esok ibu ada meeting penting. Lalu pagi tadi tengah mamai nampak adik aku tengah bersiap nak pergi sekolah ambil result. Tengah mamai ni, terus teringat time aku dulu. Pergi dengan ibu dan adik aku ikut sekali, tapi dia pergi harini sorang-sorang, bergembira sorang sorang dekat sekolah, takda nak ambil gambar. Ya Allah, nak menangis pula rasa. 



Lepas tu terus rasa macam betapa selama ni aku tak pernah bersyukur. Kalau aku mesti sedih je takda orang nak happy sama-sama, tapi adik aku tak bising pun pasal ibu tak datang. Dah la dia macam happy gila dengan result dia masa call tadi (nasib ada telefon. Kalau masih pakai burung macam zaman dahulu kala ?) walaupun tak straight A's, tapi dia macam tak sangka sebab dia punya trial 1A 6B 1C. And I bet ibu pun tak sangka dia boleh dapat apa yang dia dapat. 

Okay dah. Kalau aku teruskan mahu penuh satu baldi dengan air mata aku. Hahaha. So jadikan kisah aku ni sebagai pengajaran untuk semua orang. Yang penting bersyukur. Things happen for a reason.



Sekian, wassalam.
xoxo,
Wani :)