Saturday, December 7

Harapkan pagar, pagar makan padi

Assalamualaikum.

Semua orang mesti ada sahabat baik kan ? Kalau takde pun, sekurang-kurangnya ada kawan. Saya pasti awak juga turut mempunyai kelompok kawan-kawan. Maksudnya awak ada ramai kawan. Apa gunanya kawan tersebut ? Kebanyakan daripada kita pasti akan menceritakan pengalaman atau rahsia dekat kawan kita tu. Dari situ, awak telah meletakkan kepercayaan awak kepada kawan awak tu. Tahniah, awak dah ada orang yang awak percaya.

Tapi awak pasti ke dia betul-betul boleh dipercayai ? Ya, itu point saya sekarang. Bukan saya nak kata kawan awak tu tak boleh dipercayai. Hanya awak yang tahu perangai dia macam mana. Saya hanya nak awak berhati-hati dengan kawan-kawan awak. Mungkin awak ada 10 orang kawan. Kenapa 10 ? Kenapa bukan 4 ? 3 ? 5 ? 98 ? Kerana saya memang suka guna nombor 10 sebagai contoh. He he he (Awkwardnya gelak cemtu). Dalam 10 orang tu, pasti akan adaa yang tak berapa berkenan dengan perangai awak. Hal ini menyebabkan dia berasa dengki yang turut membawa kepada kebocoran rahsia awak yang dilakukan oleh kawan awak yang sorang tadi tu. Panjang weh ayat.




Jadi, apa yang saya nak tegaskan di sini. Walau berjuta tahun sekalipun kita kenal kawan kita, akan ada perangai dia yang tertentu yang kita tak tahu. Lagipun, hati manusia ni sentiasa berubah. Mungkin sekarang memang dia ibarat manusia yang paling boleh dipercayai. Namun, cuba lihat pada satu jangka masa yang agak panjang, dia mungkin akan berubah atas faktor persekitaran seperti kawan-kawan baru yang lebih gempakkkk ! (ala-ala iklan air Heaven and Earth. Lolol !) daripada anda. 

Dalam dunia ni, ada banyak ragam manusia. Ada yang baik, baik sangat. Yang jahat pula, Nauzubillah, bagai syaitan bertopengkan manusia. Kalau tengok drama melayu pun banyak juga yang menceritakan tentang orang kepercayaan pecah amanah. Malah, dengan keluarga sendiri pun dia sanggup tikam dari belakang. 
Dulu saya mungkin tak perasan semua ni kerana saya tak jumpa lagi manusia yang macam ni. Bila saya keluar dari kepompong (macam tu ke eja ? Takpe, kejap lagi baru check kamus) baru Allah tunjukkan manusia yang macam ni. Itupun, nasib baik Allah tunjukkan sekarang. Kalau masa kerja nanti dan melibatkan perkara yang lebih rumit seperti pinjaman bank, ah long, dan sebagainya ? Nauzubillah.





Sesungguhnya kepercayaan itu sungguh besar nilainya. Dan tak semua orang mampu memberi peluang kedua terutama bila melibatkan kepercayaan. Kalau dapat pun, saya pasti ia tidak mungkin sama seperti yang pertama. Maklumlah, dah seriklah katakan.  




Kesimpulannya, kita memang kena percaya kalau nak sesuatu hubungan tu menjadi indah dan seronok. Cumanya, ada beberapa yang kita tak perlu kongsi dengan orang. Yang paling perlu dijaga ialah hati. Janganlah kasi hati kita 100% kepada seseorang walaupun dia ibu awak, suami awak, ayah awak atau sesiapa. Yang berhak mendapat 100% hati ini hanya Allah dan Rasul s.a.w. Kenpa Allah ? Kerana Allah adalah pemilik hati ini. Dia yang mampu  menjaga serta memesongkan hati kita. Dan kenapa Rasul s.a.w. ? Kerana baginda seorang yang maksum. Baginda bersih dari segala dosa. Namun kita, tak pernah lari daripada membuat dosa.


If only you understand what the picture is telling you

Akhir kata, artikel ini bukannya nak buat anda rasa ragu-ragu dengan kawan awak sekarang. Sebaliknya ia hanya sebagai peringatan sebelum awak terkena jika awak tak pernah kena. Kerana sakitnya apabila dikhianati hanya Allah je yang tahu. Dan kepada yang dah terkena, berhati-hati bagi mengelakkan fobia yang lebih teruk. Yang sedang merana, jadikan ia sebagai pengajaran. Ingat, Allah sedang menguji awak dan akan memberi yang lebih baik pada masa akan datang.

Jangan jadi 

Hik hik hik (gelak penuh ayu dan sopan)

Sekian, wassalam.
xoxo,
Wani :)

p/s : Saya berjaya menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya ! Yaa, tahniah kepada saya ;p
p/ss : Jangan complain pasal banyak gambar. Tetiba gatal tangan nak bubuh gambar banyak. hik hok.
p/sss : Anything, ask me here ! Saya berbesar hati akan menjawabnya :)