Friday, March 8

I'VE CRIED !!!!

Assalamualaikum :)
And a very good morning !

Baiklah, untuk entri ini saya taknak bagi mukaddimah panjang sangat, just straight to the point. Seperti di post yang lepas, saya ada cerita pasal pertandingan teater. Kann kann kannnn ? Haaa.. tak ingatlah tu. Pergi baca balik post yang sebelum  ni sekarang. Ceehhh, ada hati nak mengarah orang aku ni. Maaf, lakonan semata-mata. LOL, kay, pelik, kay.

Kembali kepada motif. Kelas kami, 3 Adil 4 Adil telah turut sama menyertai dan memeriahkan pertandingan tersebut. Tajuk cerita, Rintihan Anak Pungut. Nak tahu tak, tajuk cerita tu, keluar secara spontan. Pasal masa plan jalan cerita, watak and stuffs, kitorang memang tak specific kan tajuk cerita. Yang mana ada kaitan, semua tibai. Bila dah hari pertandingan,baru terfikir yang kumpulan kitorang takda tajuk cerita. Then, sambil-sambil tunggu guys habis solat Jumaat, kitorang fikir. Macam-macam idea terkeluar. Lepas tu, Wani tak ingat siapa dia start kasi idea "Rintihan". Dari situ, muncullah "Rintihan Anak Angkat", "Rintihan Hati" dan segala macam rintihan sampailah akhir sekali "Rintihan Anak Pungut". Semuanya dapat ilham dari tong sampah. Hahaha, sebab masa tu kitorang berdiri sebelah tong sampah. 

Kemudian, teruskan kepada jalan cerita. Storyboard kitorang plan sendiri. Syarat pertandingan cuma kata mesti ada unsur pengajaran. Masa tu cuti raya Cina, So, we decided to lepak at KFC. Aku rasa part ni lagi gila. Mula-mula planned nak buat berdasarkan Bawang Merah Bawang Putih, lepas tu keluar Cinderella, lepas tu apa entah. Yang aku ni pula, tak habis-habis nak buat cerita si Tanggang. Lepas tu, ada idea gabungkan Bawang Merah Bawang Putih dengan Cinderella. Kemudian, ada orang buka gosip pasal Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad, timbul pula idea buat ala-ala kisah cinta diorang. Siap dah planned siapa nak nyanyi lagu ombak rindu. Ya Allah ! Jahatkan budak-budak 4 Adil ni ? Haahaha ! Tapi last sekali tak tahu macam mana cerita lain pula jadi. Planned gila gempak, penghujungnya cerita cliche.

Okay, basically segala dialog Wani yang tulis. Dan storyline pula kebanyakannya dari Hanani. Serious weh ! Tak pernah ku sangka yang aku pandai juga buat dialog. Bayangkan Wani tulis dialog untuk 12 orang watak in just one day. *claps*
Then, we continued with preparations, rehearsaling, changes of watak, addition of storyline, changes of storyline and preparations of props. Semua tu kitorang buat dalam masa dua minggu. Memang penat. Sumpah, penat ! Banyak gaklah homeworks tak siap pasal benda ni. Antara halangan sepanjang dua minggu tu seperti kekangan masa. Kitorang selalu practise bila habiss sekolah. Petang pulak, ada yang pergi practise bola baling untuk wakil sekolah, practise hoki, practise tarian (pap ! kena muka sendiri), lepas tu ramai jugak tak boleh stayback dekat sekolah. perghhhh ! memang berderau jugalah darah ni. Kesimpulannya, kumpulan kami has no commitment. Lepas tu, last minute tarik diri dengan pelbagai alasan yang aku rasa macam nak bagi kaki.

Jeng jeng jenggg ! Nak pendekkan cerita terus ke hari pertandingan. Pertandingan buat hari Jumaat, pukul 3 petang. Aku tak rasa apa-apa pun masa hari bertanding. Serious tak rasa pape. Mungkin sebab awal-awal dah set dont expect to win sebab memang kitorang lack of commitment. Masa hari pertandingan, propsman kumpulan kami hanya ada 5 orang je. Itupun dua orang jaga tirai, seorang jaga PA system. So, masa nak tukar props tu memang boleh dikataan kumpulan kitoranglah yang paling kecoh. Ya Allah ! Serious ada satu part Wani dengan Nani tengah main dekat luar rumah macam dekat pangkin rumah kampung, tetiba boleh ada meja dan frame family dekat sebelah. Dekat luar rumah weh ! Mana ada orang letak family potrait dekat luar rumah. Hahahah ! 

Tapi memang seronok sangat masa berlakon depan judges. The most best and puas hati punya part was Wani menghayati watak sampai boleh mengalirkan air mata. Betul ! Masa practise memanglah ada macam air mata bertakung juga, tapi tak menitis pun sebab dia dah kering itupun masa mula-mula dapat watak tu. Bila hampir tiba hari bertanding, aku dah tak dapat menghayati watak tu. Asyik nak tergelak je. Itu yang wowwww ! 

Bila tiba keputusan, aku macam relax je. Memanglah ada debar sikit. tapi tu pun sikit sangat. Bila cikgu umum kumpulan yang dapat wakil sekolah, iaitu 5 Adil, aku bersyukur sangat. Because I don't want terlibat untuk wakil sekolah because it's so tiring. Dengan tidak semena-mena, cikgu umumkan kumpulan 4 Adil dapat second place. I was like "OMG !!! Alhamdulillah ! Seriously ? OMG ! We won second place ? Seriously ?" Haaaa... gitulah lebih kurang. Hahaha. Selain dapat number 2, our heroin, Hanani won the best actress and also the best sinematography. 

Jadi, begitulah ending drama kami. Lepas dapat second place, kelas 4 Adil mulalah berdrama dengan pelbagai drama that made me feel like "I swear, I love this class !" Kemudian, masing-masing mulalah cakap "Kau takpayah nak berdrama sangatlah. Pertandngan teater dah habis". Mungkin orang tak nampak how we act to each other. But once you're in the gang, you're gonna feel the same way like I do. ;) 

So, sampai situ saja, kejap lagi nak update lagi info terbaru about myself. Akan ada lebih drama daripada yang ni.
Asslamualaikum.

xoxo,
Wani.