Hye, Assalamualaikum :)
Well, straight to the point jelah ye ? Okay, registration nya pada hari Isnin (the day where KD10 ada March test). So, my parents and I bertolak dari KL hari ahad, tidur satu malam. Memandangkan aku ni tinggal dalam 'gua', jadi aku tak pernah ke utara. Serious ! Sepanjang perjalanan merentasi negeri Perak kan macam ada banyak bukit dan gunung serta batu batu besar tepi highway tu, I was like "Wowww ! Amazing ! Fantastic ! Subhanallah ! Masyaallah ! I'm scared !!" Sumpah tak tipu. Aku takut sangat tengok those things. Bila dah sampai dekat Lenggong, Gerik tu, aku dah mula negative thinking. Masa nak masuk ke Pengkalan Hulu punya area, sungguh tidak ku percayai bahawa terdetik di hati "aku nak balik" "Ayah, patah balik please ? I dont want to go." Aku sendiri tak percaya aku akan cakap macam tu dalam hati. All of sudden semangat aku hilang ditiup aircond yang kuat dalam kereta. Bila aku tersedar, aku positive kan balik minda, hati, perasaan semua. Dia macam orang kena sampuk hantu tau. Tapi aku bukan kena sampuk hantu, aku kena sampuk perasaan negative. Sebab aku macam tak sedar apa yang terlintas di hati dan fikiran. Salah satu faktor aku jadi cenggitu pasal aku ni jenis yang gayat, pastu kawassan tu berbukit bukau, jalan dia berliku-liku, tu yang aku rasa keselamatan aku tak terjamin. Macam-macam la aku berdialog dalam hati supaya aku positive dan teruskan perjuangan. Satu benda yang aku dapat simpulkan sepanjang perjalanan tu, "Seperti mana berliku dan susah payahnya nak sampai ke Pengkalan Hulu, begitulah kepayahan kalau kita nak berjaya".
Blablablablablablabla, sampailah kami di pekan Pengkalan Hulu. Tempat dia kecil je, weh. Aku tak tahu cemana orang sana boleh hidup. Memandangkan masih petang, ibu ayah pun ajak pusing cari sekolah tu, pusing pusing tak jumpa. Hahaha ! Susah doh nak cari kalau tak biasa. Dah la takde signboard.
Esoknya nak mendaftar, Syahzanani awal-awal call aku, tapi aku tak angkat pasal belum bangun. hahah. Pastu, bihah text dia kata goodluck budak baru, dia excited wani nak masuk mrsm, blablablablablablabla... Aku nampak perkataan "budak baru" tu terus kecut perut. Terus sedar diri yang lepas ni aku sensorang pegang title BUDAK BARU.
Habis daftar semua, masa nak pergi letak barang, sumpah aku terkejut dengan budak-budak sana. Baru nak keluar barang, semua datang nak tolong.angkat. I was like "apa masalah budak-budak ni ? Apasal baik sangat ?"
Lepas tu, blablablabla. Malam tu orang pergi prep, kitorang second intake pergi surau dengar taklimat pasal etika pakaian what so ever. Masa tu lah, baru aku kenal dengan dua orang kawan yang namanya Hajar dari Putrajaya dan Izzah dari Cheras. Esoknya ada hari orientasi, aku jumpa diorang dua lagi, lepas tu kitorang makin rapat dan rapat. Mula-mula kau macam awkward gak la pasal aku susah sikit nak bergaul mesra dengan orang. Tapi, Alhamdulillah, perangai diorang yang lepak-chill-relax buat aku selesa dan hari ketiga kitorang dah boleh gelak-gelak macam dah lama kenal.
Now nak cerita pasal roomate. Masa mula-mula masuk, aku nampak macam ramai sanagt orang. Semua orang macam excited dapat roomate baru. Ada yang siap " yeay yeay da roomate baru !" Aku pun " -.-'' Okay." Roomate aku 8 orang, ada dua orang ex-MRSM, yang lain 1st intake dan I'm the only one yang second intake. Diorang semua macam okay tau, cuma aku ni je yang bermasalah. Aku sendiri tak tahu apa masalah aku, aku susah sangat nak mesra dengan diorang. Tapi diorang selalu macam cuba nak rapat dengan aku. Mungkin aku awal-awal dah block mind aku first two weeks takpayah rapat sangat dengan orang, mungkin ? Tapi, alhamdulillah, sebelum balik hari tu, aku dah get in sikit dengan diorang. Tak dinafikan, aku sungguh senyap. I was like completely not me because I'm so quiet.
Petang first day tu aku pergi solat Asar dekat surau, aku terkejut lagi. Bukanlah terkejut sangat pun, more likely macam amazed la. Diorang habis solat, masing-masing salam dan laga pipi antara satu sama lain. Perempuan jelah tapi !!!
Tiba-tiba Masa malam pertama, sebelum tidur, ada roomate tegur tak homesick ke ? Aku pun cakap belum lagi. Then, ada orang kata "first day memang tak homesick. Tunggu dua tiga hari lagi." Aku hanya mampu tersenyum dalam terpaksa. Lepas tu, aku dah macam berdoa dalam hati semoga aku kuat sambil-sambil tu meleleh sikitlah air mata.
Hari kedua, God ! Aku bosan ! Aku rasa macam pergi seminar je. Sebab masih belum masuk kelas, ada orientasi lagi which kena duduk dalam bilik seminar THE WHHOLE DAY. Blablablablabla.
Petang tu, ada exam, Mathematics. Semua form 4 masuk dewan besar ikut kelas. Kali keempat aku terkejut tengok seorang classmate yang aku tak kenal siapa masa tu, tiba-tiba excited dapat tahu aku ni classmate baru dia macam aku ni artis. Blablablablaba.
Hari ketiga, aku dah start masuk kelas. Sumpah aku excited nak belajar in the same time nervous dengan classmates. Mrsm takde perhimpunan tau pagi tu. So boleh terus masuk kelas. Aku pergi dengan seorang roomate pasal dia satu kelas dengan aku. Masa masuk, masih belum ramai yang datang lagi, kelas pun start 7:30. Aku duduk belakang sekali, dan menghadap depan, so orang yang masuk dia boleh notice aku sebagai budak baru. Serious masa tu aku rasa macam nak bina satu tembok besar China dekat depan aku. Malu gila doh ! Dah lah budak lelaki pandang aku pelik ! Lepas tu, yang perempuan mulalah buat aku rasa ini satu konspirasi atau apa ? Entah ke berapa kalinya aku terkejut. Diorang semua again excited aku masuk kelas diorang. Sumpah doh ! Dekat KD10 ada budak baru takde siapa kesah pasal budak baru tu. Tapi di Mrsm Pengkalan Hulu, diorang excited gila. So, aku rasa aku perlu bersyukur sangat-sangat diorang takde nak pinggirkan ke apa. Orang yang duduk dekat dengan aku pun baik, bila aku tanya dia jawab elok-elok. So, Alhamdulillah.
Habis seminggu. Hujung minggu tu aku rasa bosan sangat menyebabkan aku homesick. Serious masa tu aku tak boleh tahan. Sampai bengkak dan kemerahan mata aku. Roomate pun perasan tapi diorang tak cakap apa. Kebetulan Izzah ajak pergi koop sebab dia nak pulang bermalam dengan family dia. So, aku cakap dekat dia yang aku homesick. Pastu dia suruh call parents, smbil duduk dekat lorong belakang bilik dia supaya takde orang nampak kalau nak menangis pun. Izzah duduk aras bawah, aku aras 1, so boleh lah lari dari roomate. Lepas tu aku pun call. Habis je cakap, serious aku rasa puas. Seolah-olah hilang satu batu besar atas kepala. Padahal call takde cakap apa sangat pun, tapi lama gak la aku gayut dengan ibu.
Masa minggu kedua, Isnin petang ada perjumpaan homeroom tau. To me, itu yang paling awesome gila ! kawan-kawan homeroom which half daripada classmates, semua gila gempak. Mula-mula president cakap selamat datang untuk aku for being ahli homeroom Fadhil yang baru. Lepas tu dia suruh perkenalkan diri walaupun diorang dah kenal aku. Bila president kasi bukak soalan, macam-macam soalan keluar dari favourites pergi ke sekolah lama lepas tu status aku ( -.-????) itu aku okay lagilah, masih boleh jawab soalan diorang. Lepas tu ada sorang budak lelaki dia tanya rumah kecil ke besar, semua pasal rumah aku, then ada perempuan ni cakap "kau tanya macam nak pergi rumah dia je" Masa tu aku dah terdiam dah. sebab seronok tengok diorang gaduh. Tiba-tiba ada orang cakap "Kau minat dia ke weh ?" "Kalau dah minat, pergi jelah masuk meminang" Aku hanya mampu senyum dengan jujur dan tergelak. Terkejut aku diorang cakap cenggitu. Budak lelaki yang tanya tu pun dah terdiam sambil senyum-senyum. Ya Allah ! Lawak gila kot aku rasa. Diorang semua macam relax je. Lepas tu president tengok aku dah tediam, dia kasihan, dia suruh semua stop. Walaupun aku tak sama homeroom dengan crush aku yang sekarang ni dah tak berapa nak crush sangat, aku still happy dengan ahli homeoom aku :DDDD
Lepas tu, bila aku baru nak rasa happy dekat situ, orang lain sibuk countdown nak balik. Sedih kita :( Nak buat macam mana, nasib orang baru masuk. Sobs sobs. Tapi serious best ! Satu experience baru yang MashaAllah ! Tak terkata. Apa yang aku harap daripada pembaca blog dan orang sekeliling doakan semoga aku mampu terus bertahan dan mencipta kejayaan dalam pelajaran serta dapat mencipta satu memori that I will never forget. Baru dua minggu, tapi kesimpulan aku tu dah macam duduk dua tahun. Hahaha ! Ambil aura untuk tahun akan datang. Ehhh, lepas aku cerita benda yang best-best ni, aku rasa semangat aku dah datang balik. "Ehhh, bukan sebelum ni pun brsemangat ke ?" Hahaha, yelaaaa.. Tapi dah duduk rumah ni, rasa maccam tknak balik. Itulah dia manusia yang bernama Wani. Bila bersemangat, terlebih semangat. Bila dah down tu, satu dunia boleh down sebab dia seorang. Ishh ish ishhh !
So, esok dah nak bertolak ke Pengkalan Hulu balik. Awal gila en ? Well, it's my parents idea. Ibu nak shopping dekat hulu sana, Dia kata barang sana murah. Tapi aku yang jadi mangsanya. sobs sobs :'( Takpe, ala-ala family vcation gitu. haaaa.. hahaha !
That's all for now. So, In Shaa Allah will meet you guys another two months :'( Lamanyaaaaaaaaaaa ! Takpe, positive, Wani, Positive ! Ohhh ! Aku lupa nak bagitahu. Dekat sana, ramai gila orang nama Wani. Even, roomate aku pun nama Wani dan dia satu kelas dengan aku -.- menyebabkan ada orang panggil aku Hazwa. LOL !!!!!!! Aku redha jelah apa pun diorang nak panggil. Tapi satu benda yang pasti, aku rindu orang panggil aku penguin. Aku rindu Adilians. Aku rindu KD10. Aku rindu Kota Damansara.
Btw, Kota Damansara, please stop be the next Kuala Lumpur. I dont want to live in hectic place. Thank you. Sincerely, us, Kota Damansara's teenagers :)
Okay, that's all see you pada cuti akan datang.
Muahh muaahhh ! Assalamualaikum ;)
xoxo,
Wani.