Hello !
I found out that my post about MRSM Pengkalan Hulu previously got lots of views. So I guess some of you got offered to MRSM Pengkalan Hulu would want to know more ? Here's a special post for your request juniors !
So basically I was batch 2013/2014 and as far as I concern, after I left theres a lot of improvement in all aspects. So you may found out differences between my post and Maktab now. To introduce, in mrsm, we call our school 'maktab' so I'll be using a lot of maktab okay. And I'll change my language to Malay easier for you to understand.
Mrsm Pengkalan Hulu ni agak ceruk di pedalaman somewhere dekat Perak. To be honest, Maktab PH ni sangat best. I mean geographically best ! Sebab dia jauh dari kawasan bandar (since I membesar dekat bandar so its a new life for me). Okay. Secara jujurnya I dont know how to start! hahahaa sooo awkward.
Okay la just sebut je randomly. Kepada adik adik atau parents yang risau kes buli, jangan risau dekat maktabPH takda kes buli. Sebab memang kalau ada pape pasal buli memang terus akan dipanggil ke JDRM/JDM (singkatan untuk unit kes disiplin) Tak tahu la apa nama penuh dia. Dulu pernah tanya budak lama tapi tak ingat. Ohh and dekat maktab memang banyak shortform so kena tanya la kalau tak tahu pape. Contoh macam DM (dewan makan) bukan dm yang instagram tu! BA (blok akademik), HR ( homeroom), Banyak lagi la. tu antaranya.
Okay next cerita pasal homeroom. Homeroom ni merupakan sistem keluarga angkat yang hanya ada di mrsm je. Maktab lain pun ada. Nama hr dekat PH ni based on nama penasihat hr which is cikgu cikgu maktab. Satu hr maksimum 15 orang students same batch dan sorang penasihat. Penasihat ni la nanti akan jadi ayah angkat / mak angkat korang. Macam hakak dulu penasihat ustaz so basically we had ayah angkat. serious best hr ni! Banyak aktiviti korang akan buat together so better berkawan dan terima each other like real siblings. Kalau dekat maktab PH, ahli hr diorang tentukan based on class. Setiap kelas ada 30 orang max, so basically dalam satu kelas tu ada dua hr. Setiap semester, akan ada minggu aktiviti. Yang ni sumpah best! Masa ni la kau nak lupakan semua homework/result exam / buku/ stress belajar semuanya! Sebab minggu aktiviti ni memang special nak bagi chance untuk semua main. Kemeriahan minggu aktiviti ni depends pada BWP (Badan Wakil Pelajar) macamana diorang plan aktiviti. Masa ni la kau akan burn teruk dik oii. Masa ni la bilik kau akan sepah macam tongkang pecah kalau tak pandai manage. Sebab memang dari pagi sampai malam ada aktiviti. Of course ada boleh balik bilik dalam tengahari centu tapi selalunya orang tidur je sebab penat. Anyway, asrama merupakan kawasan larangan kalau ada kelas/ aktiviti. Masa minggu aktiviti ni jangan harap la engko nak sambung tidur lepas subuh sampai petang No way! Setiap kali nak pergi kelas/waktu solat (solat wajib jemaah dekat surau. Tak boleh solat dalam dorm)/ waktu riadah/waktu prep semua waktu akan ada countdown kosongkan asrama. So kalau lambat turun dari asrama ada la denda yang menanti.
Benda paling penting ! Handphone. Iphone 7 / plus awak tu takpayah la bawak. Korang cuma boleh pakai phone harga kurang dari rm100 je! yang memang boleh buat call dan sms. Dan alarm. Hahahah. Mp3 boleh bawak. Handphone tu pun boleh pakai weekend je. Hari jumaat lepas habis kelas dalam 12.30, president kelas akan ambil handphone satu kelas dari cikgu yang bertugas. Ada satu bilik khas. Depa simpan ikut kelas. So kena ada bag la untuk simpan phone. pastu phone tu kena register tau. Nanti ada sticker besar siap ada nama dan nombor maktab. So kalau korang outing, pegang phone je dari jauh boleh nampak sticker tu ! Hahahaha kitorang masa 2014 sticker warna hijau. Memula malu gak la. Lama lama tu dah jadi kebanggaan okay. Hahahaha. Pastu nak pulang balik phone hari ahad malam isnin masa prep. Prep ni singkatan untuk preparation class. Basically masa ni macam time untuk study ke buat homework ke. Dekat Highlanderz (nama glamour mrsm pengkalan hulu) prep dekat kelas. Jangan risau guys, BA dengan asrama sangat dekat. so takda hal balik bilik pukul 11 malam tu. Okay prep ni ada setiap hari isnin sampai khamis pukul 3.30-4.30 petang dan malam lepas isyak sampai 11 malam. Hari jumaat paling syiok sebab habis kelas ada fardhu ain pastu zohor pastu makan pastu boleh tiduuuuurrrrr. Untuk perempuan la. Lelaki kena pi solat jumaat dekat masjid KL (Kuak Luar okay bukan kolumpor hahaha) Pastu prep ada hari ahad pagi (9.30-12) tapi start 8.30 pagi ada kelas hafazan. Kena hafal surah. Form1-3 surah juzuk 30 , form 4 - as Sajadah dan al Insan, form 5 Al mulk dan yasin. Haa pe lagi. Get ready. Tak hafal, takboleh graduasi. Maktab pun ada graduasi hokayyy.
Makan jangan risau makcik pakcik. Ada 5 kali sehari. And masa zaman iolls makan dia mashaa Allah. Beberapa kali je makan ikan jaket. Yang lain ikan keli, ikan kembung, daging mashaa Allah, sungguh lazat ! Tapi of course langit tak selalunya cerah so akan ada la masa bila kau akan rasa tak sedap menu hari tu. So thats why kita ada cafe. Cafe maktab serious daebak. macam kafe kat luar. Selalu yang kaya kaya tiap hari la pi beli kafe. Koop pun ada kalau rasa taknak makan dm taknak makan kafe. Tapi makan ni ada timing dia tau. Kalau lambat, kebuluq la hang. tunggu la time makan seterusnya. Pasal outing, every week gilir gilir pelajar lelaki dengan perempuan. Outing yang dibenarkan sensorang hari jumaat je lepas zohor. Hari sabtu and ahad kena ada parents atau sesiapa la baru boleh outing. Selalunya kami pi dua tempat ja; pekan pengkalan hulu (ada kfc) dengan pekan baling (ada pizza) haaa saja highlight fast food. Pekan PH tu jalan kaki pun sampai. Pekan baling kena call teksi. Nombor teksi no worries. Mintak je senior. Selain itu, petang petang boleh beriadah. dia ada dua padang tapi dua dua selalu di conquer lelaki. Main bola sepak. Ehh tah la dik. senang cerita semua kawasan permainan selalu di conquer lelaki. So gadis gadis selalunya duduk tepi padang sambil pegang buku tengok crush main. Acah study. Ada gak jenis tak sabr nak makan, duduk siap siap study dekat dm. satgi pukul 6 dia hidang makanan, terus semua kerumun makanan.
Serious weh maktab PH ni best. Tapi selalu orang kata zaman maktab ni macam neraka sebab diorang tu selalu dimanjakan dekat rumah. Tu yang tak biasa. And maybe sebab peraturan agak ketat. Highlanderz maktab kedua mempunyai peraturan ketat. Tapi akak survive je. Ada yang dari form 1 tu lagi la elok je sihat wal afiat sampai habis spm. Belum cuba belum tahu. Ni akak nak pesan kat adik adik yang bakal masuk highlanderz. Kita pergi tempat orang, kena ikut cara orang. Bila berjauhan dengan family memang akan sedih. Tapi adik adik kena pandai cari kawan. Make friends to avoid homesick. Challenge diri hampa untuk tinggal sana. Especially kalau rasa macam nak berubah menjadi muslim yang lebih baik, mohon la pergi PH. Inshaa Allah, semuanya dipermudahkan sebab memang selalu di tekankan pasal agama. Tu je kot. Nanti sambung entry lain pulak.