Assalamualaikum :) and hello to non-muslims who visits here (ada ke pun ?)
Pada hujung minggu yang lalu, saya dan adik saya (ibubapa serta abang saya tak ikut sebab mereka taktahu mereka telah di invite) telah di invite oleh para makcik belah ayah saya untuk bermandi-manda di sungai yang terletak di Kemensah bersebelahan dengan Zoo Negara.
Pada mulanya saya agak pelik sehingga berkata "Where on earth Gemensah (masa ni sound trouble sikit, sebab tu jadi Gemensah) tu ?" Makcik saya menjawab "Sebelah Zoo KL" Lalu, dalam hati saya berkata "Dekat KL ada zoo ???!" (Nampak tak betapa sempitnya otakku ini, haihhh) Jadi saya pun menurut saja, asalkan dapat berlibur pada hari libur (????????)
Beberapa hari berlalu, tibalah hari temujanji kami. You know what ? Rupa-rupanya, tempat tu dekat area Selayang tapi depan lagi sikit. Dalam fikiran saya bermain "Laaa.. dekat sini ke ? Logik la dekat sini ada zoo." (Sebab dalam otak ini menggambarkan zoo tu di tengah bandar Kuala Lumpur (Nampak tak sempit lagi otakakku ini) Perjalanan yang agak lama kerana jalan jem. Bukannya jem yang makan dengan roti tu. Harap maklum.
Setibanya kami di destinasi yang ingin ditujui, saya sangatlah jakun seperti rusa masuk bandar, tapi saya masuk hutan. Hutan ? Ye, hutan. Memandangkan makcik saya pilih tempat yang namanya 'Teratak Angah' dan tempat tu jauh di pedalaman, maka kami perlu masuk ke dalam hutan (bukanlah hutan sangat pun sebenarnya, acah-acah je tu) Perjalanan melebihi 5 kilometer yang menggunakan laluan sangat sempit untuk kereta itu sangatlah adventurous ! Tapi, saya lebih seronok melihat keindahan sungai yang mengalir sepanjang 2 km sebelum sampai ke 'teratak' tersebut.
Sekarang cerita part dah sampai teratak tu pulak. Sumpah, weh ! Sumpah ! Tempat tu nampak best gila ! Ada chalet jugak untuk disewa. Tapi harga chalet mengikut saiz chalet. Yang bestnya, chalet tu betul-betul sebelah sungai semuanya. Tapi kalau taknak menggunakan khidmat chalet, nak mandi sungai je, free of charge je. Best, weh ! I don't know how to describe the place, tapi pergi situ memang dapat nikmati alam semula jadi. My aunties siap buat BBQ lagi.
Air dia agak dalam (berdasarkan kawasan yang dekat chalet kami) dan ada jugak yang agak cetek, tapi berdasarkan ketinggian saya yang tak seberapa ni, ceteknya air itu boleh tenggelamkan saya sampai had antara pinggang (Mungkin ?) Memandangkan agak cetek, jadi saya bersama sepupu saya decide untuk main di kawasan air dalam. Memang dalam pun, tersalah pijak mahu tenggelam satu badan.
Tapi, ada satu permainan yang orang disitu cipta, which dia sangkut satu tali panjang dekat sebatang pokok yang dah patah separuh, lepas tu dia biar tali menjurai panjang. Cara bermain ? Kita kena panjat jambatan yang dia sediakan, then peluk erat tali tu, then let it swing a few times dan landing masuk dalam air ! Best weh ! Mula-mula agak meragui jugak kekuhan tali tersebut, dapatkah dia menampung beratku yang sangat berat ini (Saya mengaku, okay) Kemudian, keraguan itu pudar sedikit demi sedikit bila tengok ada satu keluarga tu swing sampai 3-4 orang (semestinya berat mereka berganda dari berat saya) in one time ! Then, saw my cousins pun sungguh seronok lemparkan diri mereka ke dalam air.
Jadi aku pun nak mencuba jugak. Hahaha ! Sangat nervous bila tali dah ada di tangan. Bila dah dapat pegang tu, tengah tak ready lagi, belum habis baca doa, ada cousin lelaki pergi tolak ! Kurang ajar itu budak. Lepas tu, Tengah syok menghirup udara sambil swing dengan tali tu, tiba-tiba cousins semua jerit "Lepassss !!" Means, lepaskan tali untuk jatuhkan diri ke dalam air. Anda bayangkan, mereka menjerit, semua orang dengar, dah la main benda alah tu pun dah jadi perhatian orang lain dekat situ, cousins ku yang batak tu menjerit, lagilah menjadi perhatian. Jadi, aku mula menggelabah sebab takut nak lepaskan tali tu, in the same time macam dah dipaksa untuk lepaskan akibat daripada jeritan cousins tadi. So, dengan penuh keterpaksaan, aku lepaskan tali tu, and apa jadi ? Jari-jariku yang lembut ini tergesel sikit dengan tali. Mana taknya, tangan dah ready nak lepas, tapi kaki masih kepit tali tu, tak boleh nak bukak. Then, I set in my mind "Wani, lepaskan kaki, Wani." (Sempat lagi cakap macam tu dalam kelam kabut dia tu). Beberapa saat kemudian, otak aku dah boleh control pergerakan, so, aku lepaskan jugak. Dan jatuh la masuk ke dalam air sungai. Best gila !
Bila dah merasai keseronokan tu, pergghhh ! dekat muka tak malu dan tak sedar diri yang dia dah tua, Wani kembali ke jambatan tadi dan bermain lagi. Again and again and again. Sampai la kali ketiga, baru rasa puas, sebab I terjun dalam air dengan gaya yang diingini. Wahahahahah ! Serious wa cakap sama lu, masa main benda tu, memang family kitorang je conquer benda tu. Dah orang lain taknak join, kitorang conquer la. Bila dah di halang oleh my aunty untuk main benda tu lagi, kitorang main benda lain pulak. This time, ada satu batang kayu, maybe kayu balak kot sebab diameter dia very big and very though, diletakkan merentangi (ehh, betul ke ?) separuh lebar sungai tu. Lepas tu, kitorang bergayut dekat kayu tu (Yes, obviously, kami kebosanan tahap melampau sampai benda tu pun nak di buat main)
So, that's half of the experience that I've experienced (Again '????????') Lebih kurang pukul 4, kami bersiap untuk balik. Ohhh, dekat situ ada jugak something like air terjun, tapi pendek punya. Best ! Boleh duduk in between tembok dan batu-batu besar, rasa macam tengah buat jakuzzi. Sebelum balik, sementara tunggu my atuk habis solat asar di surau berdekatan, kitorang lepak dulu dalam chalet. Suddenly, one of my uncle nampak ada ular air keluar dari sungai depan chalet kami, which is sungai cetek tadi. Luckily, kitorang dah naik dulu. Ada beberapa ekor jugak la.
So, thats the story *claps* Ini merupakan satu-satunya percutian yang aku lalui sepanjang 1 bulan cuti (for the time being). So, thats all for now, till we meet at another post later. Kali ni, dah takde goodbye yang mengada-ngada dari Wani.
Jadi itulah dia Wani yang memulakan ceritanya dengan gelar dirinya saya, kemudian , aku dan ada selitkan I , lalu mengakhiri dengan guna namanya.
Sekian, wassalam :)
p/s: sorry takde gambar. it's in my aunt's camera.