Thursday, December 6

Izara Aishah is in me :D

Hai , Assalamualaikum :)


Meletop tak tajuk entry ini ? Hahha Baiklah, sebenarnya, saya bukannya nak cerita pasal Izara Aishah. (Nak guna nama Izara Aishah jugak, haihh) Sebenarnya tadi saya ada terbaca satu blog, dia kata, tajuk entry blog kena kasi gempak. Cukup gempak tak tajuk entry saya ? Hahhahaahahaha. Okay ! Ehh, selalu bahasakan diri 'aku', sekarang ini 'saya' pulak ? Takpe, asalkan maksud sama. Yang penting budi bahasa budaya kita.


Baiklah, hari ini saya semangat MBMMBI, jadi saya menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, In shaa Allah. Ye, MBMMBI itu bermaksud 'Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris' ! (Nampak ? Dah tunjuk semangat dia dah)  Baiklah, saya mulakan saya punya ceramah motivasi sekarang. Semua orang mesti ada dia punya idola kan ? Yes, I have it too ! ( Ya Allah, spoil janji aku tadi. Maafkan saya ) Bila cakap pasal idola, mestilah idola itu seorang yang perfect serba-serbi kan ? Dan kadang-kadang setiap dari kita mesti ada perasaan di mana kita nak ikut semua benda pasal orang itu. Okay, tipu je. Bukan setakat idola, kadang-kadang apabila dia rasa Senah yang dia baru jumpa dari Kampung Perigi Buta perfect sikit dari dia pun, dia nak menyerupai Senah tersebut. Well, to me, benda itu normal, semua orang pernah merasainya kan ? Yang buat saya terpanggil untuk post pasal benda ni secara tiba-tiba adalah kerana saya sendiri kadang-kadang suka berperasaan macam itu. 

Kadang-kadang kita duk sibuk nak transform diri sendiri kepada orang lain semata-mata untuk nampak perfect sampai hilang diri sendiri. Dalam situasi lain, ada yang sanggup transform 360 degree just sebab nak nampak setaraf dengan orang yang sudah terang lagi bersuluh bukan taraf dia. Sebagai contoh, Tipah dapat satu group dengan diva sekolah yang bernama Sally untuk satu project apa-apa aja. Dah nama pun diva kan ? Semestinya si Tipah tadi akan rasa rendah diri. Faham tak ? Kalau tak faham, try to understand by yourself. 

Let us think, kenapa ini semua berlaku ? Salah satu daripadanya yang dapat saya fikirkan dalam masa 2 saat adalah kerana kurang percaya pada diri sendiri. Senario ini (Ceeh, ayat macam karangan aja) sama seperti yang berlaku kepada si Tipah Tertipu. Dia merasakan dirinya tidak akan dipandang oleh Sally kerana dia tak glamour macam Sally. Dari situ, dia mula meniru setiap aksi dan gaya Sally agar dia dilihat setaraf dengan Sally. Di samping itu (ayat favourite bila buat karangan. Okay, now I miss school :( ), dia tak yakin akan kelebihan diri dia. Kejap. I think it is part of kurang percaya diri lah kan ? Haaaa, okay takpe, teruskan. Sebagai contoh, mungkin Tipah seorang yang suka buat lawak secara tak sengaja walaupun dia tidak secantik Sally. Apabila si Tipah tidak yakin akan kelebihannya iaitu membuat lawak (walaupun kadang-kadang kebodohan lawak itu terserlah), bagaimana orang lain nak pandang dia sebagai sesuatu. You get me ?/Anda dapat saya ? 

Sebagai contoh lain, mari sama-sama kita bayangkan kalau si Tipah yakin pada diri dia, dia jadi diri dia sendiri which is seorang yang suka buat lawak. Semua orang suka benda yang kelakar kan ? Bukan manusia kalau dia tak suka orang try/test/cuba/uji dia ketawa/gelak (annoying nya letak perkataan sama maksud banyak-banyak macam itu. hahha (okay, ini pun annoying sikit gelak pada lawak bodoh sendiri ) Jadi, kalau Tipah menjadi diri sendiri, it is not impossible kalau semua orang suka cara dia. Dan pastinya Tipah lebih suka orang suka dia seadanya dia. Jadi, apa nak cakap lagi ini ? Maaf saya telah hilang fokus dan hilang pertimbangan.

KEJAP. NAK TANYA LAGI. CUKUP ANNOYING TAK PAKAI FONT BESAR CENGGINI ? KAHKAHKAHKAH ! (MASIH ANNOYING KAH SAYA GELAK CENGGITU ?) YANG AKU DARI TADI DOK ANNOYING NI KENAPA PULAK ? HADOYAIIIIII.
Kesimpulannya, kaitan dengan nama Izara Aishah itu kerana saya meminati dirinya yang teramat sangat kadang-kadang tu rasa macam nak ikut segala gaya dan cara dia walaupun some of it mungkin nampak tak sopan. Kesimpulan lagi, jadilah diri anda supaya anda kan rasa lebih gembira jika orang suka/terima anda kerana diri anda bukan kerana acah-acah nak tiru orang lain. Ceramah Motivasi saya kali ini bukan nak dituju kepada sesiapa. Nasihat kepada si budak comel annoying ini terutamanya. 

Jadi, setakat disini saja nukilan saya pada kali ini. Why la aku rasa post ini penuh dengan bahasa budak buat karangan/esei.
Sekian, wassalam ;)





p/s : Result PMR keluar lebih dan kurang 2 minggu lagi. Ya Allah ! Nervous gila.
ps2 : Doakan semoga saya dapat straight A's. Ameeen. Alhamdulillah 
ps3 : Terima kasih. Jumpa lagi.